Hiburan
‘Game Over Feena” - Adik Along Cham Bongkar Komplot Isteri & Rakan-Rakan
Isu antara pelawak, Along Cham dan isterinya, Afreena Suhaimi semakin hangat apabila adik kepada Along dikenali sebagai Aurel Yana tampil bersuara.
Menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram milik pempengaruh Siti Jamumall, Aurel menyatakan bahawa individu yang dipercayai sebagai “scammer” itu adalah teman baik Afreena.
“Sis nak ke saya bagi bukti apa komplot dia dengan Ika dan dua orang lagi kawan-kawan Feena?
“Nak ke saya bagi bukti macam mana team mereka ganggu saya, ibu dan adik saya? Bukti macam mana dia sanggup terpacak depan law firm untuk sebarkan fitnah dan cerita palsu ke atas suami dia dan ahli keluarga kami?
“Tolong jangan malukan diri sendiri dengan merisikokan diri atas pembelaan yang langsung tidak berasas takut kena angkut masuk dalam kandang sebagai saksi,” ujar Aurel.
Pada masa sama, Aurel turut memberitahu bahawa Afreena atau lebih mesra disapa sebagai Feena itu tahu mengapa abangnya itu ditangkap secara tiba-tiba.
“Kami dah berhabis berpuluh ribu sepanjang siasatan kes ini, dan dia sendiri tahu macam mana dan kenapa abang saya di tangkap tiba-tiba selepas abang saya sedar taklik yang di langgarnya sebanyak tiga kali sepanjang perkahwinan mereka.
“Tak sempat 24 jam bagi tahu nak sahkan taklik dah pun kena angkut, sekarang barang satu rumah dia dah licinkan selepas abang saya pulang ke rumah semalam. Sila jelaskan ada ke orang yang di pihak yang benar lari kelam kabut macam ini?
“Untuk pengetahuan, Ika dan dua lagi rakan subahat Feena turut hadir di mahkamah semalam, tiba-tiba hari ini nama Ika dipetik. Game over Feena, enough is enough,” tegasnya.
Aurel juga memberitahu bahawa mereka mempunyai bukti kukuh dan tidak akan membuat tuduhan yang tidak berasas.
Terdahulu, Along atau Muhammad Nizamudin Ahmad, 42, mendakwa Afreena telah menyeleweng dana sumbangan orang awam berjumlah lebih RM100,000 yang dikatakan untuk kegunaan menguruskannya sepanjang ditahan di Penjara Sungai Buloh serta pengurusan anak.
Selain itu, Along juga mendakwa aktor Aaron Aziz turut menjadi mangsa penipuan isterinya apabila sudah memberi RM5,000 didakwa untuk kegunaan ikat jamin.
Afreena juga telah membuat laporan polis berikutan dakwaan terhadapanya telah menyeleweng dana sumbangan hampir RM100,000.
Must-Watch Video