Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Game of Thrones : House of Dragon Kembali Menemui Peminat Di Kaca TV

Shahrin Zulkifle
22/07/2022 11:00 MYT
Pastinya menjadi keterujaan peminat apabila siaran HBO telah mengumumkan bahawa prekuel "Game of Thrones" yang dinanti-nantikan, "House of the Dragon," akan mula disiarkan pada 22 Ogos depan.

"House of the Dragon" terjadi 200 tahun sebelum peristiwa "Game of Thrones," siri fantasi zaman pertengahan yang menjadi fenomena global semasa lapan musim siarannya berlangsung.

Siri ini akan memaparkan pergolakan takhta di antara House Targaryen, House Hightower dan House Velaryon di Westeros 200 tahun sebelum siri Game of Thrones!

Pastinya ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan aksi pertembungan drama bersiri hebat ini, untuk itu mari kita semak 5 fakta menarik tentang drama bersiri ini:

#1 Fantasi

Siri ini berdasarkan buku fantasi George R. R. Martin, Fire & Blood. Kisah ini mengenai pemerintahan Dinasti Targaryen, iaitu nenek moyang kepada Daenerys.

Fire & Blood menceritakan sejarah House Targaryen, sebuah keluarga dari sirinya A Song of Ice and Fire. Walaupun pada asalnya dirancang untuk diterbitkan selepas tamat siri ini, Martin telah mendedahkan hasratnya untuk menerbitkan sejarah dalam dua jilid kerana bahan itu telah berkembang terlalu besar.

#2 Kisah Abad Terdaulu

Cerita ini akan menerangkan peristiwa yang berlaku dua abad sebelum Game of Thrones.

Pencipta akan meneroka perselisihan faham dan pertelingkahan antara ahli keluarga Targaryen dan perebutan kuasa mereka, yang membawa kepada perang saudara Targaryen yang dikenali sebagai "Dance of the Dragons."

#3 Watak Utama

Watak utama dalam siri ini ialah Puteri Rhaenyra Targaryen dan abang tirinya, Aegon.

Mereka berjuang untuk merebut Iron Throne selepas kematian Raja Viserys I Targaryen. Perebutan takhta itu juga telah melibatkan campur tangan oleh ibu tiri dan bapa saudara Rhaenyra yang mengeruhkan lagi krisis dinasti mereka.

#4 Wajah Wanita Paling Cantik

Isteri Raja Viserys, Alicent Hightower, adalah wanita yang memiliki wajah paling cantik di kerajaan itu.

Dia yang juga merupakan ibu tiri kepada Tuan Puteri dan ibu kepada Putera Aegon. Karakter yang penuh beremosi itu akan dilakonkan oleh Olivia Cooke yang pernah memainkan watak Becky Sharp dalam siri TV popular, Vanity Fair.

#5 OST Drama

Runut bunyi House of the Dragon sedang digubah oleh Ramin Djawadi, yang memenangi Anugerah Emmy untuk muziknya dalam Game of Thrones.

Kehebatan Djawadi tidak disangkal lagi selepas memenangi dua Anugerah Emmy untuk karyanya di Game of Throne bagi kesemua siri dan juga dicalonkan sebanyak dua kali untuk karyanya di Westworld HBO.

Saksikan siri 10-episod ini yang bakal ditayangkan secara eksklusif di On Demand pada 22 Ogos menerusi Ultra Box, aplikasi Astro GO dan HBO GO. Eksklusif bagi pelanggan Pek Movies!

Dapatkan Pek Movies hanya dari RM94.99/bulan. WhatsApp "NAK ASTRO" ke 03-9543 3838 atau layari astro.com.my sekarang!

#Viral #Astro #HBO #Game of Thrones #House of Dragon