Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Game Of Thrones Kembali Dengan Musim Terakhir!

Asraf Aided
05/04/2019 09:07 MYT
Siri Televisyen kegemaran ramai, Game Of Thrones (GOT) kini kembali dengan musim terakhir iaitu musim kelapan.

Siri kegemaran ramai ini akan mula menemui penonton pada setiap Isnin bermula 15 April 2019 jam 9.00 pagi di Malaysia menerusi rangkaian HBO (411 dan 431 untuk saluran HD), Astro on demand, Astro Go dan NJOI dan ia ditayangkan pada hari yang sama dengan tayangan di Amerika Syarikat.

"Kami menawarkan peluang kepada peminat GOT untuk menonton siri ini dan menyaksikan versi tanpa potongan menerusi Astro on demand," kata Agnes Rozario selaku Pengarah Konten Astro.

"Astro dengan kerjasama HBO Asia berasa teruja membawakan musim terakhir GOT ini kepada penonton di Malaysia.

"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro untuk sokongan yang diberikan sepanjang kerjasama antara dua pihak selama ini," ujar Yasmin Zahid pula selaku Ketua Jualan & Pemasaran HBO Asia.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan siri kegemaran ramai ini, untuk perkembangan lain, sila layari laman web astro.com.my/hbogameofthrones atau ikuti akaun Astro di Facebook (facebook.com/Astro) dan Instagram (instagram.com/astromalaysia).
#Game of Thrones
;