Lakonan pelakon yang memegang watak Along dalam drama siri premium e-sukan Astro Originals, Gamers Mangkuk iaitu Taqim Zaki ternyata tidak mengecewakan.

Malah ragam along yang suka membebel dan mengusik adiknya membuatkan penonton tidak kering gusi.

Rata-ratanya menyifatkan along sebagai seorang anak sulung yang bertanggungjawab menjaga adiknya walaupun seringkali dipandang serong oleh orang lain.

Sehingga kini, watak dilakonakn Taqim itu menerima reaksi positif penonton.

Antara komen yang diterima adalah:

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Jangan lupa saksikan episod akhir Gamers Mangkuk pada Jumaat, jam 9 malam, di slot Astro Originals, menerusi Astro Premiere (Saluran 410).

Anda juga boleh menyaksikan secara awal bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.

Gamers Mangkuk ditaja oleh MOONTON Games, Mobile Legends: Bang Bang dan Mobile Legends: Bang Bang Professional League.

Siri ini juga merupakan terbitan Astro Shaw dengan kerjasama MOONTON Games.