Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Gamers Sejati Patut Layan Filem Ready Player One!

Amri Hassan
30/03/2018 10:02 MYT
Filem: Ready Player One
Pelakon: Tye Sheridan, Olivia Cooke, Ben Mendelsohn, Lena Waithe, T.J. Miller, Simon Pegg
Pengarah: Steven Spielberg
Bintang: ****

Sedikit melampau kalau kami sifatkan filem Ready Player One semata-mata tentang gamers, teknologi dan pop culture semata-mata.

Namun, itulah uniknya filem Ready Player One ciptaan Steven Spielberg kali ini. Segalanya tentang 'down to memory lane' tentang permainan video sepanjang era 1970-an hingga kini.

Anda akan dihidangkan dengan grafik serba canggih dan pelbagai karakter popular dalam permainan video seperti Gundam, Street Fighter, Child's Play dan pelbagai watak ikonik lain.

Bagi yang tercari-cari filem terbaik untuk mengisi waktu terluang sempena hujung minggu, kami cadangkan Ready Player One.

Jom kami senaraikan lima sebab kenapa anda patut tonton filem ini:

1. Konsep & tema

Pertamanya, filem ini menggabungkan dua generasi iaitu peminat permainan filem Gen X (1970-an hingga 1990-an) dan Milenial.

Jadi, mungkin sesetengah karakter yang ditampilkan dalam filem ini mudah dikenali dan dihubungkait dengan memori penonton suatu ketika dahulu.



Terpulang pada minat, mungkin ada yang lebih menggemari permainan video klasik berbanding online masa kini.

2. Jalan cerita

Plot filem ini berkembang menerusi pemberontakan rakyat yang berjiwa gamers terhadap syarikat korporat yang ingin mengaut untung.

Namun, aksi yang disusun masih berjiwa kanak-kanak dan tidak ekstrem!

Walaupun penyudahnya tidak seperti yang diramalkan namun ia masih satu naskhah yang menghiburkan.



3. Teknologi grafik & CGI

Dunia Oasis yang dicipta oleh Spielberg masih berjaya membuatkan penonton teruja untuk melihat lapis demi lapis hingga ke matlamat utama mencari Easter Egg.



Tambah pula, karakter permainan video popular menghiasi visual sepanjang filem ini.

4. Pelakon

Spielberg tidak memerlukan pelakon gred A untuk melariskan filem ini! Banyak elemen lain yang lebih menarik minat penonton untuk melekat di kerusi panggung sampai tamat.





5. Skor muzik

Bukan hanya watak permainan video, lagu-lagu yang melatari perjalanan Ready Player One juga mengimbau kembali kegemilangan muzik pop era 1970-an dan 1980-an.

Anda akan dapat mendengar kembali lagu-lagu popular suatu ketika dahulu seperti I wanna Be Your Lover (Prince), Stayin' Alive (Bee Gees), Stand On It (Bruce Springsteen) dan Jump (Van Halen).


Teks oleh: Amri Hassan