HIBURAN

Gaming Meets Drama! Apa Yang Best Tentang Kolaborasi UniPin & Viu Malaysia

Gempak 20/06/2025 | 16:05 MYT
Dua kuasa besar digital, UniPin dan Viu Malaysia, secara rasmi telah bekerjasama dalam satu kempen menarik bertajuk "Gaming Meets Drama", yang menggabungkan keterujaan permainan atas talian dengan daya tarikan emosi drama Asia.
1. Daftar Percuma, Dapat Langganan Premium
Naib Presiden Kanan Pemasaran Kumpulan, Nicholas How, dengan hanya mendaftar satu akaun di laman web kempen ini, anda akan menerima langganan Premium percuma selama sebulan untuk menikmati pelbagai drama Asia terkini.
“Kini dengan hanya mendaftar secara percuma, anda akan menerima langganan Premium selama satu bulan secara percuma.”
2. Lebih 50 Judul Game Popular Ada Tawaran Hebat
Dari Mobile Legends hingga Genshin Impact dan Call of Duty: Mobile, anda boleh tambah nilai permainan dengan tawaran terbaik — semua dalam satu tempat!
3. Sesuai untuk Semua
Tak kisahlah anda ibu bapa, anak muda atau pasangan baru berkahwin — semua ada pilihan masing-masing: satu layan game, satu lagi layan drama.
4. Proses Mudah, Ganjaran Cepat
Tak perlu tunggu lama. Daftar dan anda terus dapat manfaat — tanpa sebarang borang panjang atau proses rumit.
5. Promosi Terhad Hingga 31 Disember 2025
Kempen eksklusif ini berlangsung dari 20 Jun hingga 31 Disember 2025 sahaja, dan terbuka hanya untuk pengguna di Malaysia. Jangan tunggu hingga saat akhir!
#Drama #Gaming #Viu #UniPin