Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Gamit Memori! Home Alone & Tiga Lagi Filem 90-an Bakal Muncul Dalam Versi Reboot!

Hanafis Haris
03/09/2019 10:33 MYT
Dua minggu lalu telah berlangsungnya Disney D23 Expo 2019 di Anaheim, California.

Konvensyen tahunan anjuran pihak Disney ini menjadi platform untuk mengumumkan sebarang berita dan pengumuman kepada pihak media dan peminat seluruh dunia.

BACA: Penuh Kejutan! Ini 8 Perkara Menarik Diumumkan Pada Disney D23 Expo 2019

Namun, dengan segala pengumuman dibuat oleh Disney pada konvensyen, mereka sebenarnya masih menyimpan perancangan untuk beberapa lagi filem terbaru.

Menurut laporan dikeluarkan Collider, Ketua Disney Bob Iger mendedahkan pihaknya bakal menghasilkan empat filem popular seperti Cheaper By The Dozen, Home Alone, Night At The Museum dan Diary of A Wimpy Kid.

Walaubagaimanapun, bagi anda yang teruja untuk menonton filem ini perlu diingatkan ia hanya akan ditayangkan di platform penstriman Disney Plus.

Difahamkan juga, kesemua filem ini akan menampilkan pelakon generasi baru dan tiada lagi pelakon lama seperti Hillary Duff, Tom Welling mahupun bintang Home Alone, Macaulay Culkin.

Setakat ini, tiada lagi tarikh rasmi bila tayangan empat filem ini dilakukan.
#Disney #D23 #HomeAlone