Naib juara rancangan realiti Big Stage musim pertama, Syafiq Farhain mengakui hatinya sudap dimiliki oleh seseorang.

Menerusi entri di Instagram (IG), Syafiq berkongsi imej terbaharunya yang berambut panjang sehingga menerima kritikan daripada pengikutnya.

"Sorry, Im taken. Love you bebiii @ericfuzi_f8," tulisnya ringkas.

Sorry, Im taken . Love you bebiii @ericfuzi_f88 ?

A post shared by SYAFIQ FARHAIN (@syafiqfarhain) on


Menerusi ruangan komen rata-rata meluahkan rasa 'loya' terhadap imej yang digayakan oleh Syafiq disamping duduk diatas riba anggota kumpulan Floor88, Eric Fuzi.





Namun, menerusi ruangan komen juga Syafiq tampil menjelaskan bahawa imej yang dimuat naik itu hanya sekadar gurauan dan berharap agar orang ramai tidak marah kepadanya.

"Alaaaa. Abam gurau je. Jangan marah," tulisnya.

Sementara itu jangan lupa untuk menyaksikan Big Stage musim ini yang dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.

Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan menggalas tugas sebagai juri tetap bersama dua bintang popular Indonesia, Judika dan Chakra Khan yang akan bergilir-gilir duduk ke kerusi juri pada setiap minggu.

Seorang juri undangan juga akan dijemput setiap minggu bagi menyertai dua orang juri tetap bagi mengadili persembahan bintang Big Stage.

Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.

Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!