Gandingan Qody Rany & SAYA, Buat Lagu Raya Khas Untuk Orang Kedah Balik Kampung
Azwa Rahman
14/04/2022 18:37 MYT
14/04/2022 18:37 MYT
Penyanyi Qody Rany meluahkan rasa bersyukur dapat berkolaborasi dengan Saiful Apek dan Yassin Yahya (SAYA) daripada kumpulan Senario untuk sebuah naskhah lagu raya berjudul Jom Balik Raya.
Menurut Qody atau nama sebenarnya Rossaidi Abdul Rani, lagu tersebut sudah disiapkan pada tahun lalu namun memilih untuk mengeluarkannya pada tahun ini.
“Lagu Jom Balik Raya ni adalah ciptaan saya sepenuhnya dan lirik oleh saya, Saiful Apek dan Yassin. Lagu ni sebenarnya saya dah siapkan raya tahun lepas tapi memandangkan waktu tu kita tak boleh raya, saya simpan dulu la sebab lagu tu pun vibe balik raya.
“Lagu tu pun memang mood lagu raya yang lama dan bukannya jenis yang urban. Tapi dari segi muzik, masih fresh cuma mood dia mood lama.
“Rujukan lagu ni memang saya ambil dari lagu-lagu kumpulan Senario. Lagu ni saya propose pada SAYA sekitar awal tahun haritu. Alhamdulillah mereka berdua bersetuju dan excited untuk berkolaborasi dengan lagu ni,” jelasnya ketika dihubungi Gempak.
Memilih gandingan yang memuncak menerusi program Gegar Vaganza 8, SAYA, anak kelahiran Langkawi itu menyifatkan ia seperti penghargaan yang melengkapi lagu ciptaannya.
“Kenapa Qody memilih SAYA untuk projek lagu raya ni, bila kali pertama saya propose lagu ni pada mereka, memang mereka excited nak dengar.
“Lagipun lagu yang saya buat ni sangat dekat dengan Senario. Saya pula memang membesar dengan lagu Senario, jadi macam impian jugalah untuk saya bekerjasama dengan mereka.
“Lagu ni diinspirasi buat semua orang-orang kedah yang berada di luar Kedah. Mood dia memang nak panggil orang-orang Kedah balik kampung dan excited dalam perjalanan tu. Saya letakkan semua nama-nama daerah dalam lagu terutamanya Langkawi,” ujarnya lagi.
Lebih istimewa, lagu ini turut mendapat perhatian Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang turut meninggalkan komen teruja pada TikTok Saiful Apek yang memuatnaik lagu tersebut.