Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Gandingkan Emma, Amar & Amyra, Saksikan Cemburu Seorang Perempuan di Slot Dramavaganza Bermula Malam Ini!

Kamaruddin Razal
29/10/2019 09:06 MYT
Pelakon hebat, Emma Maembong, Amar Baharin dan Amyra Rosli bergandingan dalam sebuah drama bersiri terbaru, Cemburu Seorang Perempuan yang menghiasi slot Dramavaganza!

Dramavaganza merupakan slot drama terbaru yang menghiasi Astro Ria dan Ria HD dan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.

Jahat nyer mak saudara macam ni. Kalau cik bam jadi budak tu cik bab gigit dh hidung dia! Eeeee! Malam Ini ! 7 Pm!!!! . CEMBURU SEORANG PEREMPUAN Mulai 29 Oktober 2019 Setiap Isnin-Jumaat 7 malam Hanya di Astro Ria dan RiaHD Adaptasi novel Cemburu Seorang Perempuan karya Siti Hasniza Diarahkan oleh @eyrahman22 Dibintangi oleh @emma_maembongofficial @aamyrarosli @amarbaharin @dinischatzmann @belladowanna_halim @lisdawati15 @fauzinawawi_new @sabrina_ali_dad_khan @amirnafis @nazrief_nazri #cemburuseorangperempuan #DramaVaganza

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on


Diarahkan oleh Eyra Rahman, drama bersiri ini merupakan adaptasi novel berjudul sama karya Siti Hazneza Abdul Hamid.

Drama bersiri ini mengisahkan Zikri (Amar) dan Dhiya (Amyra) berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakraban mereka membuatkan keluarga Zikri tidak senang kerana Dhiya dari keluarga yang tidak berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.

Zikri kemudian berkahwin Emilia (Emma). Hidup mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emilia tidak boleh mengandung lagi. Disebabkan itu, Emilia mahu Zikri mengahwini sahabat baiknya, Dhiya untuk melahirkan anak mereka dengan kaedah ibu tumpang.

Impian setiap wanita untuk jadi ibu. Indah kan? Malam ini CEMBURU SEORANG PEREMPUAN Mulai 29 Oktober 2019 Setiap Isnin-Jumaat 7 malam Hanya di Astro Ria dan RiaHD Karya Siti Hasneza Arahan @eyrahman22 Dibintangi oleh @emma_maembongofficial @aamyrarosli @amarbaharin @dinischatzmann @belladowanna_halim @lisdawati15 @fauzinawawi_new @sabrina_ali_dad_khan @amirnafis @nazrief_nazri #cemburuseorangperempuan #DramaVaganza

A post shared by BamBamStudios (@bambam_studios) on


Dhiya rela kerana dia memang kasihkan Zikri. Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja. Namun Emilia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya sehingga bertindak di luar batasan kewarasan fikiran.

Apakah kesudahan yang bakal terjadi terhadap mereka?

Jangan lupa saksikan drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan di slot Dramavaganza bermula hari ini, 29 Oktober 2019, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123)!
#Cemburu #Seorang #Perempuan #Dramavaganza
;