Berita

Gangguan Air Lembah Klang Esok, Semak Lokasi Yang Terjejas!

gempak
Gempak
04/06/2024
10:34 MYT
Sponsor Banner
Gangguan Air Lembah Klang Esok, Semak Lokasi Yang Terjejas!
Pengguna di tujuh daerah iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor disaran untuk menyimpan bekalan air secukupnya ekoran gangguan berjadual bermula pukul 9 pagi esok.

PILIHAN PEMBACA: Bella Astillah Mohon Semua Pihak Henti Buat Andaian Mengenai Rumah Tangganya - “Tak Bermakna Bila Saya Tak Nak Jawab,…

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, gangguan bekalan air berjadual disebabkan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

“Pengguna akan mula menerima bekalan air apabila kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian aset siap...

Ujarnya, kerja-kerja dijangka siap pada pukul 7 malam, esok (5 Jun) manakala para pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat bermula pukul 3 pagi, lusa (6 Jun).
“Pengguna akan mula menerima bekalan air apabila kerja-kerja penyelenggaraan dan penggantian aset siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.
“Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka akan mencapai sekitar 20 peratus pada pukul 3 petang, lusa (6 Jun) diikuti dengan 90 peratus pada pukul 3 pagi, Jumaat (7 Jun).
“Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada pukul 12 tengah hari, Jumaat (7 Jun),” katanya dalam kenyataan hari ini.

PILIHAN PEMBACA: Blacklist Nama Ruhainies, A Aida Masih Jaga Ukhuwah Sebagai Kawan - "Bila Jumpa Boleh Salam, Peluk, Cium"

Tempoh Masa Gangguan Berbeza

Tambah Air Selangor, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.
“Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
“Justeru itu, Air Selangor ingin menasihatkan para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini,” katanya.
Dalam pada itu, Air Selangor berkata bagi pelanggan komersial pula, bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan Air Selangor di wilayah yang terjejas.

BERITA TRENDING: Kes Influencer Tunjuk Kemaluan, Bekas Kekasih Pempengaruh ‘Tebuk Quran’ Pilih Untuk Berdiam Diri - “Saya Masih Lagi Menjaga Aib Dia”

Jelasnya, bagi tujuan ini, pelanggan komersial boleh menggunakan lori tangki air masing-masing di empat stesen pengisian air yang akan dibuka di Braemar Estate (wilayah Hulu Langat), Taman Gemilang Dengkil dan Pekan Salak (wilayah Sepang), serta Taman Banting Baru (wilayah Kuala Langat).
Para pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air berjadual ini daripada semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/.

BERITA TRENDING: Ain Edruce Dedah Suami Tak Suka Kamera, Perangai Lain Dalam Real Life Berbanding Media Sosial

Selain itu pengguna boleh layari saluran komunikasi rasmi alternatif seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.
Sumber: Kosmo!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live