Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Gangguan Seksual: “Fitnah Saya Terima Ini Cukup Kejam” - Ebit Lew

Gempak 19/08/2021 | 07:09 MYT
Pendakwah terkenal, Ebit Lew mengakui tampil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi memberi kerjasama sebagai saksi berkenaan dakwaan gangguan seksual.

Ebit ketika ditemui berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

Beliau turut mendakwa tuduhan dilemparkan terhadapnya sebagai satu fitnah yang kejam dan melampau.

“Saya hadir memberi kerjasama sebagai saksi kepada kes ini dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis.

“Fitnah yang saya terima ini begitu kejam dan melampau namun saya maafkan mereka yang cuba menjatuhkan saya.

“Apa yang jadi tidak mematahkan semangat untuk teruskan usaha untuk membantu dan membuat kebaikan sampai bila-bila, sampai mati,” katanya.

#Polis #PDRM #“Ebit #“Gangguan #Lew” #Seksual”
;