Gangguan seksual: Pendakwah Dipanggil ke Bukit Aman

Gempak
Ogos 18, 2021 13:12 MYT
Seorang pendakwah dipanggil ke Ibu pejabat Polis Bukit Aman esok untuk diambil keterangan.
Menurut laporan Utusan Online, difahamkan, pendakwah berusia lingkungan 30-an itu dipanggil bagi membantu siasatan dipercayai melibatkan kes gangguan seksual.
Sumber berkata, pihak polis telah memanggil pendakwah itu untuk merakam percakapan esok.
“Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada dia akan hadir ke Bukit Aman atau tidak.
“Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” menurut sumber.