Ganti Mimi Fly, Adeline Tsen Diangkat Sebagai Ahli Baru One Nation Emcees

Asraf Aided
Februari 17, 2020 10:11 MYT
Pelakon Adeline Tsen telah dipilih sebagai pengganti Mimi Fly dalam kumpulan One Nation Emcees.
Perkara itu diumumkan secara rasmi menerusi laman Instagram One Nation Emcees sebentar tadi.
"Memperkenalkan ahli baru kumpulan kami, @adelinetsen. Adeline telah mengikuti kelas vokal dan tarian untuk berikan yang terbaik dalam kumpulan ini.
"Hello Adeline! Selamat datang ke keluarga kami, semoga kita jalani perjalanan bersama dengan gembira," tulis di ruangan kapsyen.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari ramai pengikut kumpulan ini di ruangan komen.
Rata-rata mereka megucapkan syabas dan mendoakan kejayaan buat One Nation Emcees.
Terdahulu, Mimi membuat keputusan untuk bergerak solo dua minggu selepas tamatnya program Gegar Vaganza 2019 (GV2019) yang disertai One Nation Emcees.
Perkara itu menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat tentang siapa yang bakal menggantikan tempatnya.
#One Nation Emcees #Adeline Tsen