Hiburan
Gantung Sepanduk Depan Rumah, Kempen Tak Terima Tetamu Dilancarkan? Rosyam Nor Pun Buat Tau!
Usaha kerajaan untuk tidak menggalakan aktiviti ziarah menziarahi sepanjang perayaan Aidilfitri nampak gayanya disambut baik oleh orang ramai.
Ini terbukti apabila ada sesetengah daripada mereka sanggup menggantung sepanduk atau banner di hadapan rumah masing-masing.
Menariknya sepanduk berkenaan menjelaskan bahawa mereka tidak menerima sebarang kunjungan daripada tetamu untuk raya tahun ini.
Malah, gambar menunjukkan sepanduk itu dipasang telah dikongsi sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Twitter rasmi beliau.
"Memperkasakan masyarakat untuk tidak menjalankan aktiviti kunjung- mengunjung kita berhari raya.
"Masyarakat prihatin keluarga selamat," katanya.
Posting berkenaan kemudian dikongsi sebanyak 3,293 kali dan menerima lebih 5,000 likes.
Rata-rata netizen dilihat menyambut baik saranan yang diminta oleh Noor Hisham itu.
Sementara itu, untuk pengetahuan anda, rumah ibu kepada pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor juga turut memasang sepanduk seperti itu.
Perkara itu dikongsi Rosyam menerusi satu posting di Instagramnya semalam.
Menurutnya, dia sepakat bersama adik beradik dan keluarga lain untuk tidak menyambut Hari Raya Aidilfitri di rumah ibu mereka yang terletak di Kampung Melayu Subang, Selangor.
"Menyahut arahan kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Walaupun rumah mak dekat saja di Kampung Melayu Subang iaitu 10 minit dari rumah saya, tapi sebab mak dah umur 80 tahun, kami sekeluarga dan keluarga adik beradik yang semuanya tinggal di Kuala Lumpur mengambil keputusan untuk tidak balik kampung beraya tahun ini.
"Sebab gantung 'banner' kerana takut kami tak balik, tapi orang lain pula datang. Sebab kalau raya, rumah mak menjadi tumpuan beratus anak cucu dan anak cucu saudara," katanya.
(EMBED)
Must-Watch Video