Pelakon dan pengacara Janna Nick, 26, nekad membelikan ibunya sebuah kereta baharu buat kali kedua.

Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner berkata kereta yang dibeli pada tahun 2018 sebelum ini bukan dipilih sendiri oleh wanita istimewa dalam hidupnya, yang dikenali sebagai Shasha atau Mama Scha.

"Mama dapat kereta baru! Ingat kan 2018 saya pernah bagi mama hadiah kereta juga?

"Kali ini tukar lain sebab kali terakhir saya buat kejutan kereta tapi bukan mama yang pilih. Tu pilihan saya sendiri.

"So lesson learned. Nak beli hadiah lebih baik bawa orang tu pilih sendiri.

"Jangan pandai-pandai pilihkan dengan niat nak buat kejutan," tulisnya sebagai kapsyen di Instagram (IG).

Menerusi hantaran yang dibuat, Janna kelihatan memeluk dan mencium pipi ibunya di hadapan kereta itu.

Dalam pada itu, pelakon drama Marry Me Senorita turut mengucapkan terima kasih atas doa yang tidak putus daripada ibunya.

"Terima kasih selalu mendoakan anakmu," tulisnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat memuji sikap pelantun lagu Mungkin Saja yang tidak kedekut berkongsi rezeki.

"@ardellaryana: Alhamdulillah rezeki mama. Ini lah anak solehah Mama Scha dari dulu lagi. Selalu usaha yang terbaik nak beri yang terbaik untuk mama dan adik beradik dia. Hebat Jannah!

"@dianadanielleb: Alhamdulillah.

"@rozie_fayrose: Anak yang baik sentiasa membahagiakan ibunya. Kak Rozie bangga dengan Janna dan tumpang gembira. Sayang awak adikku.

"@itshazim_h: Alhamdulillah, teruskan berbakti sehingga akhir hayat nanti. Moga dirimu terus menjadi anak yang taat pada perintah Allah dan rasulnya serta kedua ibu bapa," antara komen-komen yang ditulis.

Terdahulu, Janna pernah membuat kejutan dengan menghadiahkan ibunya sebuah kereta mewah sempena ulang tahun kelahiran ke-44 wanita itu.