Baru-baru ini, tular sepotong video panas yang memaparkan seorang lelaki yang didakwa mirip penyanyi Ismail Izzani sedang menari dan mencium pipi dan leher seorang wanita di sebuah kelab hiburan.

Difahamkan juga, lelaki berkenaan didakwa sedang mabuk ketika menari dengan wanita berkenaan.

Walaupun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan selepas tersebarnya video berkenaan, penyanyi yang popular dengan lagu Bidadari itu dilihat menjalani kehidupan seperti biasa.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram baru-baru ini, Ismail berkongsi satu video boomerang dengan kapsyen: “Have a nice day ahead everyone.”

Namun, tindakannya itu bagaimanapun mengundang kritikan netizen dan pengguna-pengguna media sosial di ruangan komen.



“Dah sedar dari mabuk ke?”

“Kalau jadi artis wajib mabuk ke syarat sah dia?”

“Dah biasa. Tu rilek tu.”

Sungguhpun menerima banyak kecaman, ada antara netizen yang turut berasa kasihan dengan komen-komen yang diterima oleh anak kepada penyanyi Datin Suliza Salam itu.

“Sedih tengok orang komen… siapa kita nak hukum dia? Siapa kita nak caci maki mengata dia. Kita tak ada anak, adik, abang dan saudara mara ke?

“Tak takut benda yang sama berlaku pada kita balik? Andai Mail bertaubat, Allah ampunkan dosa dia, kita yang duk mengata dia ni terkontang dengan dosa selagi Mail tak maafkan. Kita nampak Mail masuk neraka entah-entah kita dulu dihumban ke neraka. Komen kita melambangkan sikap dan isi hati kita,” tulisnya.

Terdahulu, Ismail pernah terpalit dengan kontroversi menghamilkan seorang wanita dan dituduh sudah mendirikan rumah tangga.

Namun, ibu kepada penyanyi itu menafikan dakwaan-dakwaan berkenaan.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!