Pelakon dan penyanyi Didi Astilah melalui detik cemas apabila kakinya digigit tikus sewaktu berada di tempat letak kereta di Kuala Lumpur kemarin.

Menceritkan kejadian tersebut, tikus itu berlari di atas kakinya dan oleh kerana terkejut, Didi dengan tidak sengaja terpijak haiwan tersebut dan ia membuatkan tikus itu terus menggigit kakinya.

“Masa baru sampai parking di Jalan Imbi ( kawasan Sg Wang ), Didi terkejut ada tikus gemuk lari kat kaki Didi dan Didi terpijak dia.

“Lepas tu jerit kuat gila jadi mungkin disebabkan jeritan tu kuat sangat tikus tu pun terkejut juga dan gigit kaki Didi.

“Bila tengok kat kaki dah ada darah. Terus panik jap bukan risau pasal sakit ke apa tapi takut kalau nanti jadi Tikus Women. Tapi Alhamdulillah setakat ini. Cuma harini kaki bengkak,” katanya berseloroh.

Didi yang juga merupakan adik kepada Bella Astilah itu berkongsi perkarfa tersebut di akaun Instagram miliknya.

Selepas kejadian, Didi memberitahu dia terus bergegas ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Kaki kena gigit tikus. Lepastu pergi klinik kena suntikan pula (benda paling Didi tak suka dari sekolah rendah dulu) haihhhh dugaan,” ceritanya lagi.

Menerusi entri tersebut Didi memuat naik foto sewaktu mendapatkan rawatan di klinik.

Entri tersebut menapat perhatian pengikutnya yang rata-rata berharap agar Didi segera sembuh.

This happened last night. Masa keluar with my friends, KAKI KENA GIGIT TIKUS ??‍♀️ lepastu pergi clinic KENA ? pula (benda paling D tak suka dari sekolah rendah dulu) haihhhh DUGAAN.....? • ????? • Time baru sampai parking kat jalan imbi ( sg Wang area ) then D terkejut ada tikus gemuk lari kat kaki D and D terpijak dia. Lepas tu jerit kuat gila so mungkin disebabkan jeritan tu kuat sgt tikus tu pun takazutttt and gigit kaki D. ? Then tengok kat kaki dah ada darah. Terus panic jap bukan risau pasal sakit ke apa tapi takut kalau nanti jadi Tikus Women ??‍♀️ tapi Alhamdulillah so far ok je. Cuma harini kaki bengkak. Hihi. • Thank you semua yang wish D kat dm & whatsapp ?❤️ Jadi berhati-hati di jalan ya ada tikus melintas ?

A post shared by DA (@didiastillah) on