Gara-Gara Digigit Tikus, Didi Astilah Diberikan Suntikan

Syafiqah Jalal
Ogos 26, 2020 03:23 MYT
Pelakon dan penyanyi Didi Astilah melalui detik cemas apabila kakinya digigit tikus sewaktu berada di tempat letak kereta di Kuala Lumpur kemarin.
Menceritkan kejadian tersebut, tikus itu berlari di atas kakinya dan oleh kerana terkejut, Didi dengan tidak sengaja terpijak haiwan tersebut dan ia membuatkan tikus itu terus menggigit kakinya.
“Masa baru sampai parking di Jalan Imbi ( kawasan Sg Wang ), Didi terkejut ada tikus gemuk lari kat kaki Didi dan Didi terpijak dia.
“Lepas tu jerit kuat gila jadi mungkin disebabkan jeritan tu kuat sangat tikus tu pun terkejut juga dan gigit kaki Didi.
“Bila tengok kat kaki dah ada darah. Terus panik jap bukan risau pasal sakit ke apa tapi takut kalau nanti jadi Tikus Women. Tapi Alhamdulillah setakat ini. Cuma harini kaki bengkak,” katanya berseloroh.
Didi yang juga merupakan adik kepada Bella Astilah itu berkongsi perkarfa tersebut di akaun Instagram miliknya.
Selepas kejadian, Didi memberitahu dia terus bergegas ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Kaki kena gigit tikus. Lepastu pergi klinik kena suntikan pula (benda paling Didi tak suka dari sekolah rendah dulu) haihhhh dugaan,” ceritanya lagi.
Menerusi entri tersebut Didi memuat naik foto sewaktu mendapatkan rawatan di klinik.
Entri tersebut menapat perhatian pengikutnya yang rata-rata berharap agar Didi segera sembuh.
#Bella Astilah #Tikus #Astilah #'Didi #Suntikan