Pelakon Beto Kusyairy mendedahkan dia pernah diperlekeh oleh segelintir netizen kerana masih melakukan drama radio.

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi sebuah entri terbaru di akaun Instagram (IG) miliknya.

"Pernah suatu ketika dulu diajukan soalan dengan nada perlekeh..

"Kau buat lagi drama radio eh Beto?

"Jawapku.."Eh kenapa aku taknak buat pulak?

"Sinilah tempatnya aku boleh ambik kesempatan untuk polish emosi dan intonasi suara sambil timba ilmu dengan mereka yang dasyat dalam pengalaman. Layan weyh!

"Dan semalam, kehadiran penerima anugerah pelakon lelaki terbaik memeriahkan lagi suasana. Cayalah @realjayiswazir," tulis Beto

Menurut Beto, tiada sebab untuk dia tidak melakukan drama radio lagi.

Beto berpendapat drama radio adalah tempat untuk dia mendalami emosi dan intonasi suara.

Malah, Beto dapat menimba ilmu dengan orang yang mempunyai banyak pengalaman dalam industri seni ini.

Rata-rata peminatnya bersetuju dengan pendapat Beto serta turut sama mengikuti drama radio.

Beto mula aktif di industri hiburan tempatan pada tahun 2001 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam filem serta drama tempatan.