Hiburan

Gara-Gara Frozen, Kampung Di Austria Ini 'Dibanjiri' Pelancong Yang Terlampau Ramai!

Hanafis Haris
13/01/2020
10:57 MYT
Filem animasi muzikal Frozen antara karya yang telah mencetuskan fenomena seluruh dunia selepas ia mula ditayangkan sejak 2013.
Namun, fenomena ini bukan hanya tercetus di dalam filem, ia sebaliknya telah berlarutan hingga ke sebuah perkampungan di Austria.
Difahamkan, kampung Hallstatt yang terletak di kawasan bergunung Austria menjadi tumpuan ramai kerana latar belakang kampung tersebut telah diambil sebagai inspirasi dalam filem animasi itu.
Anda boleh lihat kampung ini menerusi penempatan digelar sebagai Arendal iaitu kawasan pemerintahan watak Elsa dalam cerita tersebut.
Menurut Datuk Bandar Hallstatt, jumlah populasi penduduk yang hanya mempunyai seramai 800 orang tidak mampu menampung kedatangan pelancong yang terlalu ramai.
Jelasnya, setiap hari jumlah pelancong boleh mencecah hingga 10,000 orang.
Sehubungan itu, usaha untuk mengurangkan jumlah pelancong sedang giat dijalankan.
"Kampung ini bukannya muzium dan jumlah pelancong mendatangkan masalah kepada kampung kami.
Mungkin penyediaan bas berkapasiti kecil boleh mengurangkan kedatangan pelancong. Mereka juga perlu menempah awal untuk memasuki kampung kami," kata Datuk Bandar tersebut.
Sumber: CNN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Baju Kebaya Hari Jadi Jutawan Tudung Bernilai RM134,000 - "36,000 Butir Kristal Swarovski, Fabrik Dari Eropah"

gempak
10/07/2024
01:00 MYT
Jutawan tudung Haliza Maysuri tampil berkongsi nilai busana yang dipakainya ketika sambutan hari jadi ke-47 pada hujung minggu lalu.
Gaya Hidup

Haliza Maysuri Belanja RM3.5 Juta Sambut Menantu Sulung, Gaun Pengantin Saja Dah Cecah RM300,000!

gempak
26/02/2024
04:50 MYT
Jutawan tudung bawal, Haliza Maysuri tidak lokek untuk membelanjakan lebih RM3.5 juta demi hari bahagia anak sulungnya, Zuhaini Syazwan.
Laman Utama

"Saya Takut Terjatuh Dalam Sungai Waktu Malam" - Cabaran Anak Saudara Haliza Misbun Berlakon Watak Pekak

gempak
20/11/2023
11:46 MYT
“Watak Kit sangat dekat dengan alam semula jadi sedangkan saya pula berasal dari bandar"
Laman Utama

"Balas Dendam OOTD Ni"- Ramai 'Terpelanting' Gaya Che Ta Pergi Cari Telur & Minyak Masak Di Austria

gempak
31/01/2023
11:41 MYT
Che Ta Pergi Cari Telur & Minyak Masak Di Austria
Sukan

Pelumba Negara Hafizh Syahrin Terlibat Kemalangan Ngeri Di Austria, Kini Stabil

gempak
16/08/2020
19:02 MYT
Pelumba Moto2 Negara, Hafizh Syahrin yang terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan Grand Prix Austria di Litar Red Bull Ring pada Ahad kini dilaporkan stabil.