Penangan kena sakit gigi memang lain macam! Boleh buat satu badan rasa tak sedap!

Bahkan, kalau dibiarkan melarat, silap-silap boleh buat muka pun jadi bengkak.

Begitulah juga yang terjadi kepada anak pengacara 3R, Tini Ariffin, Kefli yang terpaksa ditahan di sebuah wad sebuah pusat perubatan di Damansara, Petaling Jaya Selangor baru-baru ini.

Semuanya gara-gara sebatang gigi susu yang mengakibatkan bahagian muka kanan anak lelakinya itu membengkak sehingga ke bahagian mata.

Berita itu dikongsikan Tini menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.

"Ia bermula dengan hanya kesakitan pada bahgaian gusi. Dalam tempoh kurang 24 jam, jangkitan merebak sehingga ke pipi dan mata.

"Doktor Roslan minta Kefli ke hospital segera, jangkitan mungkin sudah merebak ke bahagian lain (otak, hidung, sinus dan lain-lain lagi).

"Sebaik tiba di hopsital, buat pemeriksaan, ditahan wad dan terus ke bilik pembedahan," katanya.

Dalam entri tersebut Tini turut berkongsi keadaan wajah anaknya yang membengkak dan rakaman video ketika anaknya menerima rawatan di hospital.

GIGI OH GIGI . . Gigi susu , tapi berbisa, Gigi sebesar butir mutiara, bukan gigi dewasa pun, tapi sekarang baru tahu penangannya. . . Kerana gigi ini , 3 pakar diperlukan untuk tangkap dia- Pakar Gigi (Dr Roslan) Pakar Kanak- Kanak (Prof Dato Dr Azizi) dan Pakar Bius ( Dato Dr Wan Nik) serta sebatalion nurses yang menjaga mengikut shift, termasuklah Mama Kefli ?. . . It started with a slight pain in the gum and less than 24 hours the infection spread to the cheeks and eyes. Doctor Roslan minta Kefli ke hospital segera, the infection might spread to other areas ( brain, nose, sinus etc). Off we go, arrived at hospital, checked up, admitted and off to the OT. . . 4D/3N staycation at the hospital. Dah jadi macam ni baru tahu kebanyakan polisi insurans tak cover dental related issues. Gigi Oh gigi, kami ingat dah cukup sedia dengan polisi yang ada, tapi bila dah sakit, mana nak pilih sakit apa kan? Just a heads up, check with your agent and clarify your policy thoroughly. . . Additional for current situation, a Covid test for all patients that is undergoing operation . Nervous tengok Kefli ambik Covid test. Alhamdulilah negative. . . Despite all the drama, I am happy and grateful that i get to spend my time with my son. I get to finish his hospital food , we watched movies at night ? , and made handmade cards for nurses. Dan barulah Kaseh tahu betapa she misses her younger brother. . . Alhamdulilah we are home now. . . Ingat jangan main- main dengan gigi tau. Brush, floss and gargle. Bye bye Pak Cik Roti, bye bye Mat Kool. . . Thank you to all the doctors and nurses for taking care of Kefli ❤️ . . #sakitgigi #dentist #oralsurgery #guminfection #kidsdental #kids #oralhygiene

A post shared by Kartini Ariffin (@tini_ariffin) on


Bahkan, Tini turut berkongsi gambar gigi anaknya yang berjaya dicabut.

"Gigi susu, tapi berbisa. Gigi sebesar butir mutiara, bukan gigi dewasa pun, tapi sekarang baru tahu penangannya.

"Kerana gigi ini, tiga pakar diperlukan untuk tangkap dia. Pakar gigi (Dr Roslan), pakar kanak-kanak (Prof. Datuk Dr Azizi) dan pakar bius (Datuk Dr Wan Nik) serta sebatalion jururawat yang menjaga mengikut shif, termasuklah Mama Kefli," ceritanya.



Begitupun, kata Tini, selepas tiga malam tidur di wad, anaknya kini sudah dibenarkan pulang ke rumah.

"Empat hari tiga malam staycation di hospital. Dah jadi macam ni baru tahu kebanyakan polisi insurans tak tanggung isu berkaitan pergigian.

"Di sebalik segala 'drama', saya gembira dan bersyukur dapat menghabiskan masa dengan anak saya. Habiskan makanan hospital yang diberikan kepadanya, menonton filem pada malam hari, buatkan kad untuk jururawat," ceritanya.

Di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar anak keduanya itu segera pulih.

Tini mendirikan rumah tangga dengan Nur Sulhi Jasmin pada Februari 2009.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Kaseh, 10, dan Kefli, 7.