Gara-Gara Hantu Kak Limah, Penonton Gelak Sampai Gigi Palsu Tertanggal!

Kamaruddin Razal
Ogos 13, 2018 15:53 MYT
Gelak sampai terkeluar gigi! Filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold, Hantu Kak Limah (HKL) benar-benar menghiburkan!
HKL telah memecah rekod dengan mendapat kutipan melebihi RM9 juta dalam hanya empat hari tayangan.
Rekod itu sekaligus menjadikan HKL sebagai filem tempatan pertama mendapat kutipan tertinggi selepas empat hari ditayangkan.
Menerusi laman sosial, penonton juga memberikan respon positif terhadap filem ini.
Menariknya, ada satu tweet di laman sosial Twitter mencuri perhatian Gempak.

Apadia niieee ??!! Hahahahahahahahah....tgk #HantuKakLimah gelak sampai terkeluar gigi masuk dlm popcorn. Mai mintak balik plak lpas tu..gigi tertinggal dlm hall ????????????? pic.twitter.com/euFJnlhpSo

— L E R O S S A (@wan_azril) August 12, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi tweet dari pengguna bernama @wan_azril, HKL membuatkan ada penonton tergelak sehingga terkeluar gigi palsu!
"Apa dia ni?! Hahahahahahahahaha... Tengok #HantuKakLimah gelak sampai terkeluar gigi masuk dalam popcorn.
"Mai mintak balik pula lepas tu... Gigi tertinggal dalam hall," tulis @wan_azril.
Pengguna itu turut memuat naik sekeping foto gigi palsu yang tertinggal di dalam bekas bertih jagung.
Fenomena HKL tidak terhenti di situ! Pawagam masih sesak dengan penonton terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa yang membanjiri panggung untuk menonton HKL.
Filem francais komedi seram yang diarahkan oleh Mamat Khalid ini menampilkan Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.
Apa tunggu lagi, saksikan Hantu Kak Limah di 133 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei!
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Twitter @wan_azril
#Astro Shaw #Hantu Kak Limah