Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Gara Gara Kes Hina Kemaluan Ikan Masin, Rey Utami Mahu Bunuh Diri Kerana Disumbat Ke Penjara

Maliah Surip
18/11/2020 07:36 MYT
Penyanyi dan YouTuber Indonesia, Rey Utami yang baru keluar dari penjara kerana menghina dan mencalarkan maruah pelakon Fairuz A Rafiq berbau ikan masin bercerita mengenai perasaannya pertama kali disumbat ke penjara.

Rey Utami mengaku mengalami kemurungan teruk sewaktu fasa awal di penjara sehingga mahu membunuh diri.

"Awal awal masuk saya kemurungan dan tak terima kerana perlu menjalani hukuman di penjara.

"Pernah di suatu ketika saya ingin minum cecair peluntur lantai untuk mengakhiri hidup," katanya seperti diberitakan oleh media Indonesia.

Namun hasrat tersebut dimatikan selepas dia mengingatkan diri bahawa sebagai seorang Muslim yang beriman, membunuh diri tidak akan dapat menyelesaikan masalah.

"Jadi saya muhasabah diri. Saya ingatkan diri sebagai Muslim apapun ujian yang melanda jangan pernah putus asa. Jangan pernah salahkan orang lain kerana semua yang terjadi atas kehendak Allah," katanya.

Menurut Rey yang dipenjarakan selama satu tahun empat bulan, dia pasti dirinya bukan satu satunya manusia yang berbuat kesalahan dan mempunyai masa silam yang kelam.

Walaupun kejadian kes menghina kemaluan Fairuz berbau ikan masin di saluran YouTubenya yang dilakukan bersama bekas suami pelakon itu, Galih Ginanjar dan suaminya, Pablo Benua memberi kesan yang cukup mendalam buatnya, namun Rey kini sudah menerima dengan lapang dada.

"Saya percaya setiap orang punya masa lalu dan pernah berbuat salah. Cuma kejadian yang dialami berbeza beza.

"Jadi saya bukannya satu satu manusia yang merasakan hal atau mengalami situasi buruk di kehidupan. Apapun saya tetap akan kembali kepada Allah," kata Rey.

Malah sepanjang berada di dalam penjara, Rey Utami mengaku banyak mendekatkan diri dengan Allah sehingga akhirnya memutuskan berhijab saat masih menjalani hukuman.

Saat ini hanya Rey Utami yang dibebaskan, sementara Galih dan Pablo Benua masih berada di dalam penjara.

Instagram: @reyutami



#Bunuh Diri #Rey Utami #Trio Ikan Masin
;