Seramai 3,711 penumpang yang dikuarantinkan di sebuah kapal persiaran bernama Diamond Princess telah menerima sebanyak 2,000 unit telefon pintar iPhone dari Kementerian Kesihatan, Buruh Dan Kebajikan Jepun.

Walaubagaimanapun, tujuan unit iPhone itu diedarkan bukanlah untuk digunakan sebagai alat hiburan sebaliknya diguna khusus untuk mengakses aplikasi khas kementerian kesihatan Jepun yang dipasang dalam peranti tersebut.

Malah, ia bertujuan bagi memudahkan pihak kesihatan Jepun berinteraksi dengan penumpang yang berada di atas kapal tersebut.

Untuk makluman, kesemua penumpang itu dikuarantin di dalam kapal selepas seorang daripada mereka disahkan dijangkiti Covid-19 pada awal Februari lalu.

Selepas daripada itu, beberapa penumpang lain juga telah dikesan turut dijangkiti Covid-19.

Setakat ini, media melaporkan seramai 174 orang penumpang kapal persiaran itu telah disahkan positif Covid-19.

Susulan itu, kesemua penumpang kapal persiaran itu dilarang keluar dari kapal tersebut.

Sumber: Wiser/iMore