Laman Utama

Gara-Gara ‘Menyerupai’ Lelaki, Cik B Kena Marah Dengan Pengawal Sebab Masuk Tandas Perempuan - “Sebab Tu Dalam Islam…”

Izwan Isa
04/11/2022
12:50 MYT
Sekali lagi, penampilan terbaharu anak perempuan kepada pengusaha kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B menyorot perhatian khalayak dan juga netizen.
Gara-gara rambutnya yang pendek dan pemakaiannya yang kelihatan seperti seorang lelaki, Cik B ‘dimarah’ oleh pengawal di sebuah pusat beli belah kerana memasuki tanda wanita.
Disebabkan kekeliruan itu, Vida yang turut berada di tempat kejadian terpaksa menerangkan kepada pengawal berkenaan yang Cik B merupakan seorang perempuan.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Vida mendedahkan yang Cik B pernah dimarah beberapa kali sebelum ini kerana memasuki tandas wanita.
Selain itu, pada ruangan kapsyen, Vida turut meminta maaf kepada Cik B kerana memotong rambut anaknya itu sehingga pendek.
“Maafkan mama Cik B, Mama salah sebab potong rambut Cik B,” tulisnya.
Begitupun, menerusi ruangan komen, ramai yang mengkritik insiden yang dikongsikan oleh Vida dan mendakwa menjadi satu kesalahan dalam agama jika seseorang itu menyerupai gender yang berlawanan sehingga menyebabkan kekeliruan.
“Kalau orang tengok tu nampak seperti lelaki kiranya dianggap menyerupai lelakilah. Habis tu dah kau pun bagi pakai baju lelaki tu kenapa. Mana boleh orang perempuan pakai baju lelaki. Perangai macam tak belajar agama. Hadis sahih semua orang tahu nabi larang pakai menyerupai berlawanan jantina. Kenapa bengap sangat buat tak faham. Upload video hari-hari, tak tahu malu ke menampakkan kebodohan diri. Maaf emo sikit sebab nampak melampau sangat.”
“Sebab tu dalam Islam tak galakkan kita menyerupai lelaki.”
“Seorang mak sepatutnya mengajar cara-cara yang berakhlak mulia.”
“Mungkin dah sampai masa Cik B pakai tudung. Mana tahu asbab potong rambut ni Cik B teringin untuk bertudung. Mula terpaksa, lama-lama terbiasa. Caiyok Cik B.”
“Berdosa perempuan menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai perempuan. Kalau boleh pakailah tudung. Sebenarnya Cik B tu cantik sangat.”
Terdahulu, Vida tampil memberi penjelasan tentang imej terbaharu Cik B. Menurut Vida, dia meminta agar semua pihak memberi ruang dan masa buat anaknya yang kini berusia 17 tahun untuk meneroka zaman remajanya seperti anak-anak yang lain seusianya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Tak Ada Perasaan Rindu… Trauma Dengan Dia” - Cik B

gempak
02/07/2024
06:55 MYT
Anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B menganggap ibunya adalah segalanya termasuklah memegang tanggungjawab sebagai seorang bapa dalam keluarga mereka.
Hiburan

Cik B Dedah Asal Usul Panggilan, Trauma Dengan Nama Penuh - “Orang Tak Panggil Nama Sebenar Saya Sebab…”

gempak
28/06/2024
05:03 MYT
Anak usahawan popular, Datuk Seri Vida iaitu Cik B bercerita tentang asal usul nama panggilannya menerusi satu temu bual santai dalam segmen 3 Pagi ERA.
Viral

Pasang Pemasa Elak Pengguna Lepak Lama-Lama Dalam Tandas! Pelawat Rasa Diperhatikan & Tak Tenang Ketika 'Berurusan'

gempak
16/06/2024
20:38 MYT
Sebuah tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengambil langkah berani apabila memasang pemasa dalam tandas untuk mengelakkan orang ramai membuang masa semasa menggunakan kemudahan awam itu.
Hiburan

Cik B Beri Nasihat Pentingkan Pelajaran - “Bukan Semua Orang Boleh Jadi Influencer, So Study!”

gempak
04/06/2024
03:55 MYT
Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mengingatkan tentang kepentingan pelajaran untuk masa hadapan.
Viral

“Kadang Lupa Dia Perempuan, Sumpah Comel!” - Ramai Terpegun, Netizen Setuju Trend Asoka Cik B Paling Menang!

gempak
19/05/2024
05:53 MYT
Selepas usahawan sensasi, Datuk Seri Vida membuat trend Asoka, kini perhatian netizen tertumpu pada anak sulungnya iaitu Cik B.