Gara-gara obses dengan karakter filem James Bond, seorang lelaki berusia 33 tahun di New Delhi, India sanggup menukar nama dan mendaftarkan semula dirinya sebagai James Bond.

Lelaki yang sebelum ini bernama Viks Kardam itu telah nekad membuat keputusan demikian kerana terlalu menyukai karakter filem berkenaan.

"Berita mengenai perkara ini tersebar dengan begitu cepat, ramai yang anggap ia satu jenaka, tetapi ia adalah kenyataan," kata lelaki itu dalam satu kenyataan.

Tambah Kardam, isterinya juga tidak selesa dan terkejut dengan tindakannya itu.

"Isteri saya sangat terkejut, dia pandang saya dengan rasa marah, sudah dua hari dia tidak menegur saya," ujarnya lagi.







Difahamkan, Kardam sudah merancang untuk menukar nama sejak tahun lalu dan melalui pelbagai prosedur dengan pihak berkuasa.

Akhirnya, proses tersebut disahkan selesai pada minggu lalu.

Kardam kini dikenali sebagai James Bond dalam setiap dokumen penting mengenai dirinya, meskipun mendapat tentangan dari keluarga dan rakan-rakan, dia menganggap itu sebagai satu pencapaian dalam hidup.


Sumber : India Times