Laman Utama

Gara Gara Topik Dandelion Tea, Kakak Saman Mariah Carey RM5 Juta

Maliah Surip
03/02/2021
13:50 MYT
Penyanyi Mariah Carey berdepan saman sehingga RM5 juta daripada kakak sulungnya, Alison Carey.
Saman yang dibawa ke mahkamah di New York pada Isnin lalu itu mendakwa Mariah telah memfitnah, memalukannya dengan sangat dahsyat dan menulis pengakuan bohong mengenai Alison dalam buku memoir The Meaning of Mariah Carey yang diterbitkan pada tahun lalu.
Lantaran itu, Alison mengatakan dia mengalami tekanan emosi dengan pertuduhan tak berasas yang diterbitkan oleh Mariah, lapor Billboard.
Alison yang mewakilkan dirinya sendiri dalam pertuduhan saman itu mendakwa, topik dengan judul Dandelion Tea yang terkandung dalam memoir tersebut telah memfitnahnya dengan serius.
Dalam chapter tersebut, pelantun My All itu mendakwa Alison pernah mencederakannya dengan menyimbah air teh panas kepadanya sehingga dia mengalami kecederaan tahap ketiga.
Wanita berusia 50 tahun itu juga mendakwa Alison pernah mahu menjualnya kepada bapa ayam selain pernah memberi sejenis pil terlarang iaitu Valium sewaktu dia 12 tahun.
Menafikan semua dakwaan itu, Alison mengatakan Mariah telah memalukannya dengan sangat dahsyat sekaligus meminta ganti rugi di atas semua tekanan emosi yang dialaminya selama ini.
Bagaimanapun sehingga kini, pihak perwakilan Mariah belum memberi sebarang kenyataan balas.
Terdahulu, The Meaning of Mariah Carey telah dipasarkan di seluruh dunia pada September 2020.
Memoir yang ditulis bersama Michaela Angela Davis itu mengandungi lebih 400 muka surat yang antaranya menceritakan banyak sisi lain Mariah yang belum pernah diketahui umum, sehingga perjalanan kariernya.
Kredit Foto: Billboard
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Keanu Reeves Sentiasa Ingat Mati, Minta Semua Hargai Hidup

gempak
25/07/2024
14:21 MYT
Aktor Keanu Reeves telah melalui episod kehilangan ramai orang yang disayangi dalam hidupnya.
Hollywood

Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

gempak
25/07/2024
00:30 MYT
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.
Hiburan

Armani Entertainment Saman Michael Ang, Minta Pulangkan Semula RM500,000

gempak
24/07/2024
08:30 MYT
Syarikat pengurusan Armani Entertainment Sdn Bhd memfailkan saman terhadap pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang.
Gaya Hidup

Digugurkan Dari Kempen Kasut Retro, Bella Hadid Upah Peguam Saman Adidas

gempak
22/07/2024
10:25 MYT
Supermodel terkenal berdarah campuran Palestin, Bella Hadid dilaporkan mengupah sepasukan peguam untuk menyaman syarikat pakaian sukan berpangkalan di Jerman, Adidas.
Filem

"Saya Bangga Bawa Cerita & Bakat Asia" - Ratu Cantik Malaysia Buka Langkah Di Hollywood

gempak
18/07/2024
08:55 MYT
Ratu Cantik kelahiran Malaysia, Rachel Tan berbangga dapat membawa kisah dan bakat ke persada perfileman Hollywood.