Pengakuan pengarah Syamsul Yusof tentang dirinya yang kini sudah bernikah dengan pelakon Ira Kazar di Thailand telah mendapat perhatian meluas terutama warga maya.

Malah video pengumuman yang dimuat naik ke Instagram itu telah mendapat pelbagai reaksi serta komen daripada teman dan pengikut Syamsul.

Namun yang menarik perhatian pengikut laman sosial adalah apabila pelawak Shuib turut memberi komen dengan mengucapkan syukur serta tahniah kepada Syamsul.

"Alhamdulilah tahniah Syamsul," komennya ringkas.

Seorang pengguna Twitter menerusi ciapannya meminta agar semua turut memboikot Shuib yang dilihat seolah olah menyokong tindakan Syamsul yang berkahwin dua.

"Shuib pun diboikot. Siapa siapa yang sokong Syamsul Yusof si 'gaslighter' akan di boikot. Sekian," tegasnya

Dalam masa yang sama dia turut memuat naik paparan skrin komen yang diberikan Shuib kepada Syamsul.



Terdahulu, pergolakan rumah tangga antara Puteri Sarah dengan Syamsul berlarutan sejak empat tahun lalu selain dia mengesahkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung gara-gara gangguan orang ketiga yang ketika itu nama Ira Kazar menjadi sebutan.

Syamsul mendirikan rumah tangga dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul dan Summayah.