Laman Utama

Gara-Gara Wajahnya Disamakan, Pelakon Squid Game Ucap Selamat Berjaya Buat Malaysia!

Syafiqah Jalal
18/06/2022
04:38 MYT
Ciapan seorang pengguna di Twitter yang memadankan wajah ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Kim Pan Gon dengan pelakon Squid Game, Heo Sung-Tae telah menarik perhatian pelakon Korea Selatan itu sendiri.
Menerusi satu muat naik di Instagram(IG) Story miliknya semalam, Sung-Tae memuat naik semua paparan skrin ciapan Twitter berkenaan berserta kata-kata semangat.
“Good Luck Malaysia (Selamat Berjaya Malaysia),” tulisnya.
Tidak mendedahkan siapa gerangan pengguna Twitter itu, Sung-Tae bertindak mengaburkan wajahnya sebelum dimuat naik. Terdahulu wajah ketua jurulatih dari Korea itu tular dan menjadi trending di media sosial apabila ia disamakan dengan Sung-tae yang popular sebagai Jang Deok-su dalam siri popular Squid Game.
Sejak Pan Gon mengambil alih pasukan negara awal tahun ini, ramai peminat menyamakan wajahnya yang saling tidak tumpah dengan wajah dan imej Sung-Tae.
Pan Gon berjaya membimbing skuad kebangsaan ke Piala Asia buat kali pertama dalam tempoh 43 tahun, selepas menewaskan Bangladesh 4-1 dalam perlawanan pada Selasa lalu.
Mengikut jadual, Piala Asia dijangka akan berlangsung tahun hadapan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

8 Kawasan Di Malaysia Catat Cuaca Panas Di Tahap Berjaga-Jaga

gempak
26/07/2024
05:55 MYT
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di lapan kawasan di Semenanjung hari ini.
Hiburan

Malaysia Jadi Tuan Rumah BEYBLADE X SEA Cup 2024, Layan Juga Siri BEYBLADE X Di Astro Ceria!

gempak
25/07/2024
17:55 MYT
Para peminat permainan gasing moden dari Jepun, BEYBLADE, dari seluruh Asia Tenggara berkumpul bagi menyaksikan pelancaran BEYBLADE X Southeast Asia Cup (SEA Cup) 2024 baru-baru ini.
Hiburan

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

gempak
25/07/2024
16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, The Boyz ke Malaysia buat kali pertama.
Viral

Tak Sampai 15 Saat, Kos Hukuman Gantung Di Malaysia Mahal - “Macam Tak Berbaloi…”

gempak
24/07/2024
12:55 MYT
Seorang pengguna di aplikasi X berkongsi kos hukuman gantung pesalah di Malaysia yang didakwa mencecah RM1,975 seorang.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.