Berita
Gara-Gara Berbadan Genit, Wanita Ini Viral Lepas Disuruh Berdiri Atas Bakul Nak Check Suhu Badan
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, kita dibenarkan meneruskan aktiviti sosial mengikut garis panduan yang sudah ditetapkan.
Antara operasi standard yang perlu dipatuhi termasuklah melakukan pemeriksaan saringan suhu badan sebelum memasuki mana-mana premis.
Bagaimanapun, kisah seorang wanita, Nurin Syakirah Nasarudin, 21, menjadi perhatian warga net di Twitter ketika menjalani proses imbasan suhu badan.
Video tersebut memaparkan Nurin diminta berdiri di atas sebuah bakul ketika ingin memasuki sebuah pasar raya di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor.
"Sewaktu beratur tu, saya dah dapat rasa macam tak lepas. Jadi, saya pun bercakap dengan kawan-kawan lain 'macam tak sampai'. Mungkin pengawal keselamatan di situ terdengar perbualan kami.
"Jadi, dia meminta saya berdiri atas bakul yang disediakan. Kawan kemudian rakam momen tersebut kerana merasakan lucu, sebelum berkongsi di media sosial, tak sangka pula jadi viral," katanya ketika dihubungi Astro Gempak.
Video Nurin itu menerima lebih 6,000 ulang kicau dan mencecah 11,000 tanda suka di Twitter sejak dikongsikan malam tadi.
punya la pendek sampaikan temperature machine tu tak detect aku hm pastu guard tu pas basket suruh diri atas tu ?? pic.twitter.com/C0J74wGzmn— win (@neurandd) July 7, 2020
Jelas Nurin lagi, itu merupakan pengalaman pertamanya diminta berdiri atas bakul disebabkan alat pengimbas suhu berada pada kedudukan yang agak tinggi.
"Biasa bila kena cek suhu guna alat pengimbas yang guna tangan sahaja, yang ini kena berdiri pulak. Saya tinjit kaki pun tak lepas.
"Dah naik atas bakul pun, masih lambat dapat baca suhu badan saya," ceritanya yang bekerja sebagai penyunting video.
Menurut Nurin yang berasal dari Melaka itu, dia memang mempunyai saiz badan yang agak rendah iaitu 143 sentimeter sahaja.
"Dalam kalangan kawan-kawan pun saya memang yang paling rendah.
"Bahkan, keluarga saya pun memang daripada genetik yang rendah semuanya," katanya yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Kredit foto: Instagram @nureenasarudin
Must-Watch Video