Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Gara-Gara Berzumba...Gagal Kemukakan Alasan Munasabah, 15 Wanita Dikenakan Kompaun RM1,000

Asraf Aided
31/05/2020 10:08 MYT
Seramai 15 wanita ditahan selepas didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan berhimpun untuk melakukan aktiviti zumba pada Sabtu, lapor AWANI.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, kesemua mereka melakukan aktiviti itu ketika polis membuat pemeriksaan ke atas sebuah premis di Taman Pekan Rabu, Sungai Petani kira-kira jam 6.30 petang.

Pemeriksaan ke atas premis terbabit dilakukan sepasukan polis ketika membuat tugas rondaan cegah jenayah dan penguatkuasaan pemantauan PKPB.

Kesemua wanita berusia di antara 25 dan 50 tahun itu mengaku berada di premis berkenaan dan melakukan aktiviti zumba namun gagal memberikan penjelasan munasabah untuk menyertai aktiviti sosial itu ketika PKPB.

Mereka kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dan dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.

Kesalahan disiasat di bawah Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Sumber : Astro AWANI



#Zumba #PKPB #Ditangkap Polis
;