Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

Gara-Gara COVID-19, Hasrat Luna Maya Cari Pasangan Tak Kesampaian!

Asraf Aided 26/08/2020 | 08:52 MYT
Pelakon dan penyanyi popular Indonesia, Luna Maya akui hasratnya untuk mencari pasangan tahun ini masih belum kesampaian.
Memetik laporan media Indonesia, Luna mengatakan salah satu faktor yang menghalang dia berbuat demikian adalah pandemik COVID-19 yang melanda.
"Sebelum ini saya memang berhasrat untuk mencari pasangan dalam tahun ini, tetapi apakan daya, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.
"Tiba-tiba COVID-19 melanda, saya pun akur, tidak mengapa kerana itu kehendak Tuhan," katanya.
Justeru, Luna memilih untuk terus fokus dalam kerjaya dan berharap agar bertemu pendamping hidup tahun hadapan.
"Jadi, tahun ini saya hanya fokus pada kerjaya untuk kelangsungan hidup, ia harus sentiasa menjadi keutamaan saya.
"Soal pasangan hidup, semoga saya bertemu dengan pilihan hati saya tahun hadapan, doa-doakan ya," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Luna juga meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-37 hari ini.
Happy birthday Luna Maya!
Sumber : liputan6.com
#Indonesia #Selebriti #Luna Maya
;