Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Gara-Gara COVID-19, Katy Perry & Orlando Bloom Tangguh Majlis Perkahwinan

Kamaruddin Razal
06/03/2020 04:34 MYT
Penyanyi popular Hollywood, Katy Perry mengambil keputusan menangguhkan sementara tarikh majlis perkahwinannya ekoran kebimbangan penularan wabak COVID-19, lapor Astro Awani.

Perkahwinan bersama aktor Orlando Bloom difahamkan akan berlangsung di Jepun tahun ini, seperti yang dipetik portal berita, Evening Standard.



Menurut sumber, pasangan itu teruja dengan perancangan perkahwinan mereka di Jepun, namun terpaksa menangguhkannya buat sementara waktu atas faktor keselamatan di negara itu yang tidak mengizinkan.

BACA: "Rahsia Paling Lama Disimpan..." - Katy Perry Hamil

Semalam, Perry mengumumkan dirinya kini berbadan dua menerusi sebuah video muzik single terbaharunya.

Untuk rekod, Jepun sudah mencatatkan sebanyak 299 kes positif COVID-19 dengan enam kematian.

Sumber: Astro Awani / Evening Standard
#Katy Perry #Orlando Bloom