Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Gara-Gara Cukur Kepala Ketika Sedang Stres, Ini Yang Terjadi Pada Issey...

ZULHILMI JALIL 30/03/2020 | 04:21 MYT
Pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham, mendedahkan bahawa dia pernah mengalami kemurungan gara-gara sebahagian kepalanya tidak ditumbuhi rambut.
Issey, 33, berkata, kejadian itu berlaku lima tahun lalu selepas dia mencukur botak kepalanya.
"Aku nak kongsi, lima tahun lepas, aku pernah kemurungan sebab bahagian tu tak tumbuh lepas aku cukur botak.
"Macam-macam cara cuba, sampailah aku jumpa @paksu_shamsul_ghaughau cadang dekat aku pergi satu klinik dekat kawasan Jalan Medan Tuanku, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, dapat rawatan tiga bulan, tumbuh balik," katanya yang berkongsi cerita itu menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Issey turut berkongsi foto keadaan rambut bahagian kiri kepalanya yang kelihatan lompong.

Until Tomorrow . . Aku nak kongsi, 5 tahun lepas. Aku pernah kemurungan sebab rambut bahagian tu tak tumbuh lepas aku cukur botak. Macam macam cara try . Sampailah aku jumpa @paksu_shamsul_ghaughau cadang dekat aku pergi satu klinik dekat kawasan Jalan Medan Tuanku KL. Alhamdulillah. Dapat rawatan 3 bulan. tumbuh balik. Doctor tu cakap, masa aku cukur botak tu, aku tengah stress. Moral of the story, jangan stress. Berdoa. Allah ada bersama kita #gengissey #untiltomorrow #untiltomorrowchallenge

A post shared by issey (@isseyfazlisham) on

Katanya lagi, menurut doktor, kegagalan rambutnya untuk tumbuh semula itu disebabkan oleh keadaan dirinya yang berada dalam keadaan stres.
"Doktor tu cakap, masa aku cukur botak tu, aku tengah stres. Pengajaran di sini ialah, jangan stres, berdoa. Allah sentiasa bersama kita," kongsinya.
Perkongsian Issey itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
Ada yang turut mengakui berdepan masalah sama yang berpunca daripada tekanan.
"Betul-betul. Saya tengah alami sekarang, rambut tak tumbuh macam ni, bulat-bulat banyak tempat bukan satu je. Pergi klinik doktor kata tak ada apa, cuma saya stres je. Punyalah takut sampai menangis riau takut tak tumbuh dah, nasib baik pakai tudung.
"Kawan saya pernah jadi begini juga sebab stres. Pergi jumpa doktor lepas tu okay dah," tulis sebahagian netizen di ruangan komen.
Dalam pada itu, jangan lupa saksikan drama dan program yang pernah menampilkan Issey di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
#Pelawak #Issey #Stres
;