Berita
Gara-Gara ‘Down’ Sering Kena ‘Gigi Shaming’, Instafamous Tempah Gigi Dari Korea!
Gara-gara sedih kerana sering diperli ‘gigi shaming’ yang tidak tersusun dan jongang oleh netizen, seorang Instafamous yang dikenali sebagai Zafir Karipap telah menempah gigi baharu untuk ditukar dari Korea.
Menurut Zafir, dia bukan sahaja sedih dengan kata-kata netizen yang suka mempermainkan giginya malah dia membetulkan giginya kerana mahu rasa lebih berkeyakinan diri.
“GIGI SHAMMING! (PART 1)
“Alhamdulillah setelah sekian lama berhadapan dan mendengar “komen komen” daripada kalian tak kira lah dalam komen posting, di komen live, di QNA sendiri, mahupun peril-perli daripada orang.. tipulah kalau tak rasa down, mesti ada.
“Bukan kerana saya kisah dengan komen-komen orang atau kata-kata orang pada saya, tapi saya sendiri rasa tak yakin dengan gigi sendiri, dan bila bercakap dengan orang, saya akan pandang gigi mereka dan jadi rasa insecure.
“Ibaratnya macam kulit muka kita breakout, kita ambil tindakan untuk pulihkan semula.. macam tu jugak gigi saya,” katanya.
Zafir berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Zafir memuat naik foto dan video sepanjang proses membetulkan giginya dilakukan.
Kongsi Zafir, dia hanya membetulkan dua giginya di hadapan melalui proses crowning dengan memasukan gigi baru yang ditempah khas dari Korea.
“Ini adalah second appointment saya dengan DR @aifden untuk crowning. Saya buat 2 unit hadapan. Process crowning ni di mana gigi saya akan dikecilkan dan dimasukkan gigi baru yang ditempah dari lab(di Korea).
“Bukan gigi palsu, bukan veneer yea, bukan juga tampal. Kenapa saya tak buat braces sebab braces ambil masa yang agak panjang.
“Alhamdulillah, kepada Dr @aifden di @aifdental_clinic, terima kasih banyak banyak, saya amat berpuas hati dengan sentuhan Doktor tak sabar untuk last appointment.
‘This is the new me! ZAFIR KARIPAP! No more gigi shamming! Tunggu part 2,” katanya lagi.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang memberi pelbagai respon termasuk bimbang jika proses itu menyakitkan.
Must-Watch Video