Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Gara-Gara Gunting Hilang, Ratusan Penerbangan Tergendala Di Jepun

Gempak
21/08/2024 05:55 MYT
Sebanyak 36 penerbangan terpaksa dibatalkan manakala 201 lagi ditangguhkan di Jepun, gara-gara sebilah gunting hilang di sebuah kedai berhampiran pintu masuk balai pelepasan.

Penerbangan Terganggu Kira-Kira Dua Jam

Pemeriksaan keselamatan di terminal domestik Lapangan Terbang New Chitose di Hokkaido terganggu selama kira-kira dua jam hingga menyebabkan ratusan pengembara terkandas ketika insiden pada Sabtu lalu.

"Mereka diminta menjalani semula pemeriksaan keselamatan hingga menyebabkan barisan panjang dan keadaan agak sesak pada masa itu," ujar pengendali di lapangan terbang berkenaan.

Susulan itu, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan telah mengarahkan pihak berkenaan melancarkan siasatan lanjut.

"Kejadian seperti itu berpotensi mencetuskan panik kerana ia boleh dikaitkan dengan cubaan rampasan pesawat atau keganasan...

"Kami akan memastikan perkara ini tidak lagi akan berulang pada masa depan," ujar Lapangan Terbang Hokkaido dalam satu kenyataan.

BERITA TRENDING: Penyanyi Bebe Rexha Menangis Teresak-Esak, Tidak Dibenarkan Menaiki Pesawat Akibat Bercakap Bahasa Albania

BERITA TRENDING: Saksi Nampak Pesawat Berlegar-Legar Di Ruang Udara Sebelum Terhempas, Nahas Di Brazil Ragut 61 Nyawa

BERITA TRENDING: Pesawat Malaysia Airlines Bawa Jemaah Umrah Berpatah Balik Selepas 2 Jam Berlepas


BERITA TRENDING: Mahu Beli Barang Bayi Di London & Sepanyol, Intan Najuwa Nafi Guna Duit Suami

Sementara itu, beberapa pengguna media sosial memuji respons segera pihak berkuasa demi memastikan keselamatan pengangkutan udara di Jepun.

New Chitose merupakan salah satu daripada lapangan terbang paling sibuk di Tokyo yang menyediakan laluan udara domestik kedua paling kerap dilalui di dunia antara Tokyo dan Sapporo.

Pada 2022, lebih 15 juta pengembara menggunakan perkhidmatan di lapangan terbang tersebut.

Sumber: Sinar Harian

#Jepun #Berita #Lapangan terbang