Gara-Gara Ibu Bapa Sibuk Bekerja, 75% Remaja Malaysia Terjebak Menonton Video Lucah… Ini 7 Info Yang Sangat Menggerunkan!
17/07/2023 15:50 MYT
Sejak kebelakangan ini, masalah sosial dalam kalangan remaja cukup membimbangkan. Ada yang terkait dengan kes buli, dadah dan tidak kurang juga kes-kes terpencil seperti seks luar nikah.
Perkara tersebut sudah tentu membimbangkan, lebih-lebih apabila Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendedahkan sekurang-kurangnya 75% remaja Malaysia pernah menonton pornografi baru-baru ini.
Menerusi kajian yang dijalankan pada tahun 2021 itu, kebanyakan daripada mereka adalah remaja lelaki yang terjebak dengan ketagihan menonton pornografi sejak dari sekolah menengah.
Hal ini disebabkan ketersediaan sambungan internet ketika bersendirian di rumah.
Memetik SinarPlus, berikut merupakan info kajian Profesor Madya Dr Noor Azimah Muhammad dari Jabatan Perubatan Keluarga Fakulti Perubahan UKM:
1. Punca berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kurang pemantauan daripada ibu bapa yang sibuk bekerja.
2. Ada satu contoh di mana seorang pelajar mengaku telah menonton lebih daripada 200 video lucah sehari bagi memuaskan nafsunya.
3. Pendedahan dan ketagihan seperti itu dikalangan remaja boleh menyebabkan HIV dan sifilia.
4. Malah, dalam satu kajian lain yang dibuat pada tahun 2013, 10% dari 988 pelajar universiti mengaku pernah melakukan hubungan intim dan 5% daripada mereka aktif secara seksual.
5. Selain itu, keputusan yang sama turut dilaporkan pada tahun 2017 oleh Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan di mana 7.3 % remaja di antara umur 13 dan 17 tahun mula membuat hubungan intim seawal 14 tahun dan lima peratus dari mereka aktif secara seksual.
6. Hampir semua remaja ini mengamalkan seks tidak selamat tanpa kondom mahu pun alat pencegah kehamilan.
7. Pada masa yang sama, 40% dari kes HIV baru ini adalah daripada mereka.
Justeru, Noor Azimah mendesak ibu bapa untuk mengawasi anak-anak bagi mencegah masalah ini kerana ibu bapa memainkan peranan penting dalam melindungi anak-anak mereka dari terlibat dalam aktiviti seksual yang merbahaya sebelum berkahwin.
Selain itu, ibu bapa juga perlu meluaskan pengetahuan mereka tentang pendidikan seks untuk kepentingan anak-anak.
Malah, penekanan ilmu agama juga perlu dikuatkan lagi supaya anak-anak tidak terpesong ke lembah maksiat.
Sumber: SinarPlus
BACA: Shilpa Shetty Pertahan Suami Hasilkan Konten Pornografi: "Erotik Bukan Lucah"
BACA: "Tengok Pornografi Akan Cepat Nyanyuk!" - Yatt Hamzah Pesan Jangan Tengok Video Lucah Untuk Isi Masa Lapang Ketika PKP