Laman Utama

Gara-Gara Ikut TikTok Challenge, 4 Maut Patah Leher - "Ia Dirakam Isteri & Disaksikan Anak"

gempak
Syafiqah Jalal
11/07/2023
04:50 MYT
Sponsor Banner
Gara-Gara Ikut TikTok Challenge, 4 Maut Patah Leher - "Ia Dirakam Isteri & Disaksikan Anak"
Gara-gara sahut cabaran 'TikTok challenge' lompat dari bot yang menjadi ikutan di Amerika Syarikat (AS) kini telah meragut empat nyawa di Alabama dalam tempoh enam bulan lalu.
Perkara itu didedahkan skuad penyelamat bandar Childersburg, Kapten Jim Dennis dengan menyatakan kesemua mangsa adalah lelaki.
Menurutnya, kematian serta-merta itu disebabkan mangsa mengalami patah leher.
Difahamkan, cabaran itu memerlukan orang ramai melakukan pelbagai aksi berbahaya seperti backflip ketika bot sedang bergerak dalam kelajuan tinggi.
"Sebenarnya kematian boleh dielakkan tetapi kerana mahukan perhatian dan terpengaruh, mangsa sanggup menyahut cabaran yang tidak berfaedah ini.
"Pada Februari lalu, seorang lelaki maut selepas menyahut cabaran tersebut.
"Insiden itu dirakam isterinya dan lebih menyedihkan tiga anak mereka turut berada di dalam bot berkenaan," ujarnya.
Dennis menjangkakan lebih ramai individu cuba menyahut cabaran tersebut memandangkan cuti musim panas semakin hampir.
"Saya rasa orang ramai lebih cenderung melakukan sesuatu yang bodoh kerana mereka mahu menunjuk-nunjuk di hadapan rakan mereka untuk dimuat turun dalam media sosial," katanya.
Lompat dari bot bukan satu-satunya cabaran yang membawa maut di TikTok.
Pada Jun tahun lalu, cabaran 'malaikat kematian' yang popular dalam kalangan 'kaki TikTok' di Indonesia telah menyebabkan seorang remaja mati serta-merta di lokasi kejadian.
Cabaran itu memerlukan orang ramai mengelak pada saat akhir lori yang dipandu menuju ke arah mereka.
Sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024