Gara-Gara Kegagalan Enjin, Pesawat Ringan Terpaksa Lakukan Pendaratan Kecemasan
Awani
27/06/2024 12:17 MYT
27/06/2024 12:17 MYT
Sebuah pesawat ringan jenis Piper PA-28-161 kendalian Kelab Penerbangan Subang melakukan pendaratan cemas di tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Bandar Sultan Suleiman, Klang, pada Khamis.
Vijaya Rao berkata, kes itu diserahkan kepada Biro Siasatan Kemalangan Udara untuk tindakan lanjut.
Norazam memberitahu, sehubungan itu, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCCM) CAAM di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan pada pukul 3.10 petang bagi tujuan koordinasi mencari dan menyelamat.
"Kejadian itu dipercayai berlaku ketika pesawat berkenaan sedang menjalani latihan penerbangan sebelum mengalami kegagalan enjin...
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao memberitahu, juruterbang berusia 57 tahun dan seorang pelajar berusia 23 tahun yang berada dalam pesawat itu bagaimanapun selamat tanpa sebarang kecederaan.BERITA TRENDING: 12 Termasuk Enam Anak Kapal Qatar Airways Cedera Selepas Alami Gelora Udara
"Berdasarkan siasatan awal, kejadian itu dipercayai berlaku ketika pesawat berkenaan sedang menjalani latihan penerbangan sebelum mengalami kegagalan enjin," katanya.Vijaya Rao berkata, kes itu diserahkan kepada Biro Siasatan Kemalangan Udara untuk tindakan lanjut.
Menara Terima Panggilan Kecemasan
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazam Mahmud dalam satu kenyataan memberitahu, pesawat bernombor pendaftaran 9M-ANA itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada pukul 2.50 petang.BERITA TRENDING:Hadapi Gelora Udara Ketika Penerbangan, Penumpang Qatar Airways Kongsi Detik Cemas
"Menara kawalan Subang menerima panggilan kecemasan lapan minit kemudian," katanya.Norazam memberitahu, sehubungan itu, Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCCM) CAAM di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) diaktifkan pada pukul 3.10 petang bagi tujuan koordinasi mencari dan menyelamat.