Gara-Gara Mahu Naikkan 'Viewers', Youtuber Ditahan Selepas Muat Naik Video Masak & Makan Kari Burung Merak
Gempak
14/08/2024 04:55 MYT
14/08/2024 04:55 MYT
Seorang pempengaruh media sosial India ditahan selepas videonya memasak dan makan burung kebangsaan yang dilindungi negara itu, burung merak mencetuskan kemarahan awam.
Masak Menu Kari
Menurut agensi, polis berkata, Kodam Pranay Kumar yang disebut-sebut sebagai bintang media sosial berpotensi di India ditahan semalam dan dimasukkan ke penjara selepas 'video lain dalam telefon bimbitnya mengesahkan' menu kari yang dimasaknya mengandungi burung merak.
Burung berwarna-warni itu dilindungi di bawah undang-undang hidupan liar yang ketat.
Burung berwarna-warni itu dilindungi di bawah undang-undang hidupan liar yang ketat.
"Dia kini dipenjarakan selama 14 hari di bawah Akta Perlindungan Hidupan Liar dan mahkamah akan memutuskan sama ada dia akan kekal di dalam (penjara) atau mendapat jaminan," kata penguasa polis di negeri selatan Telangana, Akhil Mahajan kepada AFP.
Kumpulan penyiasat turut meneliti bagaimana dan di mana Kumar mendapat burung merak terbabit.
Video itu sudah dialih keluar daripada saluran Youtube pempengaruh terbabit.
Video itu sudah dialih keluar daripada saluran Youtube pempengaruh terbabit.
Mahu Tarik Jumlah Penonton
The Times of India dalam laporannya berkata, video itu didakwa dimuatnaik untuk menarik lebih banyak tontonan, namun strateginya tidak berhasil.
"Sebaliknya, pengguna media sosial mengecam video terbabit, menuduh Kumar mempromosikan penggunaan hidupan liar secara haram dan tidak menghormati simbol negara," menurut laporan itu.
Burung merak India, dikenali dengan warna biru terang dan sayap yang lebar bagi merak jantan, mempunyai simbolik tersendiri dan dianggap istimewa di India.
Takhta dinasti pemerintah Mughal di negara itu juga dipanggil Takhta Merak kerana ia menampilkan burung merak berhiaskan permata, pernah hadir dalam jumlah yang besar merentasi bahagian dataran utara India.
Pembangunan yang pesat menyebabkan burung merak hilang habitatnya sejak beberapa dekad lalu.
Ia sekali gus mengakibatkan jumlah burung itu makin berkurangan.
Susulan itu, hukuman dan denda yang ketat di bawah undang-undang hidupan liar kini dikuatkuasakan bagi melindungi haiwan itu daripada terancam dan menjadi mangsa buruan.
Sumber: The Straits Times