Sekali lagi, penampilan terbaharu anak perempuan kepada pengusaha kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B menyorot perhatian khalayak dan juga netizen.
Gara-gara rambutnya yang pendek dan pemakaiannya yang kelihatan seperti seorang lelaki, Cik B ‘dimarah’ oleh pengawal di sebuah pusat beli belah kerana memasuki tanda wanita.
Disebabkan kekeliruan itu, Vida yang turut berada di tempat kejadian terpaksa menerangkan kepada pengawal berkenaan yang Cik B merupakan seorang perempuan.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Vida mendedahkan yang Cik B pernah dimarah beberapa kali sebelum ini kerana memasuki tandas wanita.