Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Gara-Gara Naik Skuter Elektrik Ketika Mabuk, BTS Suga Dapat ‘Masalah’

Gempak
25/08/2024 17:00 MYT
Bukan memandu kenderaan sebaliknya hanya menaiki skuter elektrik dan terjatuh kerana mabuk, BTS Suga kini berdepan tindakan tidak bertanggungjawab itu.


Mohon maaf


Dia yang hadir ke Balai Polis Yongsan, Seoul, Korea Selatan untuk memenuhi panggilan soal siasat oleh pihak berkuasa sempat meminta maaf kepada peminat di atas perbuatannya.

“Saya minta maaf di atas kekecewaan besar yang telah saya timbulkan kepada semua,” katanya yang hadir ke balai polis bersama peguam seperti dilaporkan Korea JoongAng Daily.


Suga bagaimanapun tidak menjawab persoalan yang ditanya kepadanya.

Untuk rekod, Suga telah ditemui polis dalam keadaan terjatuh selepas menaiki skuter elektrik pada 6 Ogos lalu sekitar pukul 11.27 malam waktu tempatan. Hasil pemeriksaan didapati pemilik nama lengkap Min Yoon-gi itu memiliki tahap alkohol yang tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN:Sambut Ulang Tahun Ke-30, Suga BTS Derma RM300,000 Pada Mangsa Gempa Bumi Turkiye & Syria


ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Pukul Pejalan Kaki Sehingga Patah Gigi, San E Mohon Maaf

ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris 2024: Shooter Korea, Kim Yeji Digelar Kang Cheol Versi Wanita - “Swag! Teringat K-Drama W Two Worlds”

ARTIKEL BERKAITAN:Berat Melebihi 100KG, Pegawai Kerajaan Korea Utara Cuba Cari Ubat Untuk Masalah Obesiti Kim Jong Un

ARTIKEL BERKAITAN:Gadis Mukbang Maut Akibat Makan Berlebihan

Naik skuter elektrik untuk pulang

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan sehari selepas kejadian, Suga mengaku mabuk selepas makan malam.

Dia kemudian menggunakan skuter elektrik untuk pulang kerana jarak yang dekat sekaligus tidak sedar jika tidak patut menaiki kenderaan itu saat mabuk.

“Saya menaiki skuter elektrik saat pulang setelah makan malam dan minum.

"Saya fikir jaraknya dekat dan saya tidak menyedari bahawa saya tidak boleh memandu skuter elektrik selepas minum," katanya


Dia juga menyatakan akan lebih berhati-hati dengan tindakannya pada masa akan datang.

#BTS #Artis Korea #Mabuk #BTS Suga #SUGA #Skuter