Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Gara-Gara Pakai Cincin Ketat, Jari & Tangan Lelaki Ini Membengkak!

Izwan Isa
06/12/2023 11:55 MYT
Cincin merupakan perhiasan pada jari yang sering dipakai oleh baik wanita mahupun lelaki. Namun, jika tersalah langkah, saiz cincin yang lebih kecil daripada jari boleh mendatangkan mudarat!

Menerusi perkongsian Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan di Facebook, seorang lelaki mengalami bengkak pada kedua belah tangan akibat cincin yang dipakai terlalu ketat dan proses pemotongan cincin terpaksa dilakukan selepas pihak hospital gagal untuk memberikan bantuan sepatutnya.

“Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan menerima panggilan kecemasan khidmat khas memotong cincin yang tersangkut di jari akibat lebam kerana cincin yang ketat. Mangsa terlebih dahulu datang ke hospital Teluk Intan dan pihak hospital menghubungi balai untuk anggota pergi melakukan kerja kerja penyelamatan.

“Dengan izin-Nya, kerja-kerja pemotongan berjaya dilakukan oleh anggota dan mangsa segera mendapatkan rawatan sebelum kuman merebak. Dinasihatkan supaya semua masyarakat mengambil iktibar menjaga keselamatan diri supaya tidak memudaratkan kesihatan tubuh badan anda sendiri,” tulis status di akaun Facebook berkenaan.

Menerusi ruangan komen, ramai menzahirkan rasa kasihan dan mendoakan agar mangsa cepat sembuh.

Sumber: Facebook Balai Bomba Teluk Intan

#Cincin #Jari #Bomba #Bengkak
;