Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Gara-Gara Pandemik, Uyaina Arshad Terpaksa Tolak Tawaran Di Indonesia!

Hanafis Haris 02/12/2020 | 07:01 MYT

Ketika dunia berdepan dengan pandemik COVID-19, pastinya ramai yang terkesan dan antara yang terpalit sudah tentunya golongan selebriti.

Malah, pelakon dan pengacara jelita, Uyaina Arshad antara individu yang menerima impak.

Menurut Uyaina Uyaina atau nama sebenarnya, Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 28, dia terpaksa menolak banyak tawaran untuk membangunkan kerjaya seni di Indonesia berikutan kes COVID-19 yang semakin meningkat.

Menurutnya, dia akui jauh dari sudut hatinya berasa agak sedih dan kecewa kerana keadaan pandemik berpanjangan, namun dia yakin semua yang terjadi mempunyai hikmah.

“Sebelum ini saya aktif mengacarakan banyak program untuk siaran stesen televisyen Indosiar seperti AKSI Asia, D’ Academy Asia, AKSI Indonesia, Golden Memories Asia dan banyak lagi.

“Namun begitu, semenjak pandemik, saya sedih kerana harus menolak banyak tawaran. Kita semua pun masih belum boleh ke luar negara.

“Kecewa juga bila pandemik berpanjangan tetapi saya tetap bersyukur dan yakin, semua perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya,” katanya.

Jelasnya, jika sebelum ini sentiasa sibuk berulang alik ke Jakarta dan Kuala Lumpur, kini dia boleh menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga.

“Selain itu, saya boleh mengembangkan kerjaya di Malaysia.

“Alhamdulillah, saya menjayakan beberapa tawaran drama dan saya juga aktif sebagai pengacara,” katanya.

#Indonesia #Uyaina Arshad
;