Gara-Gara Potongan Kuku, Sunmi Dituduh Lesbian & Jalin Hubungan Sejenis
Rozaimi Zubaidi
19/10/2017 12:00 MYT
19/10/2017 12:00 MYT
Bekas anggota kumpulan Wonder Girls, Sunmi didakwa menjalani hubungan dengan kaum sejenis, gara-gara potongan kuku terbaharunya.
Menurut laporan Allkpop, Sunmi telah menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas gambar terbaharunya tersebar dan menampakkan potongan kukunya yang sangat pendek.
"Peminat mula berasa curiga dengan Sunmi dan mereka mendakwa bahawa dia merupakan seorang lesbian.
"Ini kerana, rata-rata selebriti K-Pop wanita kebiasaannya mempunyai bentuk kuku yang panjang dan sihat, malah ramai antara mereka suka memakai pewarna kuku," kata sumber.
Akibat menerima pelbagai kecaman daripada netizen, Sunmi telah memuat naik sekeping gambar di akaun Instagramnya dengan menayangkan jarinya.
"Apakah yang salah dengan kuku saya? Ha ha ha," soalnya.
Namun tidak lama kemudian, pihak pengurusannya tampil memohon maaf dan menasihati Sunmi agar tidak terlalu memikirkan mengenai kritikan yang dilemparkan oleh netizen.
Sumber: Allkpop