Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Gara-Gara Tak Mahu Ganti Puasa, Apa Hukum Makan Ubat Tangguh Haid?

Syafiqah Jalal
27/04/2022 09:52 MYT
Bukan mudah untuk kaum hawa berpuasa penuh di bulan Ramadan kerana sebagai wanita yang normal mereka pasti akan datang bulan atau haid sekali dalam satu bulan.

Jika tidak dapat berpuasa kerana haid kaum ini perlu menggantikannya selepas Ramadan atau sebelum bulan puasa menjelang untuk tahun akan datang.

Bukan mudah untuk berpuasa ketika bukan di bulan Ramadan kerana pasti banyak cabarannya bagi mereka untuk menggantikannya dengan aktiviti harian.

Justeru, seorang pembaca Gempak telah bertanyakan sendiri kepada ustaz Dr Kamilin Jamilin dalam program Member Tanya mengenai permasalahan rakannya.

Soalannya seperti apakah hukumnya apabila seorang wanita makan ubat untuk menangguhkan haid ketika bulan Ramadan supaya boleh berpuasa penuh dan tidak perlu menggantikannya kelak?

Dr Kamilin menerusi akaun TikTok Gempak menjelaskan hukum sebenarnya dalam Islam adalah Harus tetapi dengan situasi tertentu.

Nak tahu apakah situasi yang perlu diambil kira sebelum membolehkan seorang wanita mengambil ubat menangguhkan haid untuk berpuasa penuh?

Dengarkan jawapan penuh dalam video TikTok dibawah:

undefined
#Islam #Puasa #Hukum #Tangguh #Haid #Ganti Puasa
;