Gara-Gara Tertekan Ketika Rakam Lagu, Hidung Vokalis Neon Band Keluar Darah
ZULHILMI JALIL
22/03/2020 03:15 MYT
22/03/2020 03:15 MYT
Vokalis kumpulan Neon Band, Ezwan Ariff berdepan situasi mencemaskan apabila hidungnya berdarah sewaktu proses rakaman lagu terbaharunya berjudul Jiwa.
Menurut Ezwan, dia mengakui keadaan itu didorong oleh keadaan tekanan yang diterimanya apabila perlu mengambil masa sehingga lima jam merakamkan lagu berkenaan.
"Boleh dikatakan, dalam lagu ini dari awal sehingga habis memang memberi penekanan kepada vokal. Mereka sangat teliti.
"Sewaktu proses rakaman kali ketiga, saya berasa tertekan dan mengakibatkan hidung berdarah. Sebab kali ketiga ini, mereka dengar saja perkataan tak kena, mereka suruh rakam lagi.
"Kalau biasa saya boleh siapkan dalam tempoh sejam, kali ini lima jam. Mereka terkejut melihat keadaan saya. Tidak mengapa, kerana Ini simptom biasa saya kalau berada dalam tekanan," katanya.
Bagaimanapun, Ezwan mengakui segala tekanan dilalui berbaloi selepas mendengar hasil lagu ini.
"Ini kali pertama Neon Band bekerjasama dengan empat komposer dalam satu lagu. Masing-masing ada idea dan digabungkan. Apabila mendengar vokal saya, jadi mereka mahukan eleman berbeza dalam lagu ini.
"Kiranya ini pengalaman baru untuk saya dan anggota lain. Setiap orang ada pendapat berbeza. Bagi saya, inilah bunyi Neon Band sebenarnya.
"Sebelum ini kami masih tercari-cari dan mencari muzik terkini. Tapi, apabila mendengar hasil lagu ini, saya dan anggota gembira dan teruja. Hidung berdarah pun jadi berbaloi," katanya.
Empat komposer yang turut bertindak selaku penulis lirik dan penerbit ialah Kadok (Hazama), Pown Hasril, Karim Karam dan Otromen.
Selain Ezwan, Neon Band dianggotai Adam (gitar), Azuad Abdullah (dram), Firdaus (keyboard), Naim (bass) dan Syafique Sharif (gitar).
Lirik video Jiwa dilancarkan secara rasmi pada Jumaat lalu di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.