HIBURAN
Gara-Gara Tiket Konsert Inteam Licin Dalam Masa Dua Jam, Netizen Reka Lightstick & Freebies - “Comelnya Macam Vibes Kpop”
Kumpulan nasyid popular, Inteam mencuri perhatian apabila tiket konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun habis terjual dalam tempoh dua jam.
Menerusi perkongsian di Instagram rasmi, Inteam memgucapkan terima kasih kepada semua pembeli atas sambutan hebat terhadap konsert yang bersempena 25 tahun penubuhan kumpulan itu dalam dunia seni tempatan.
“Diumumkan Konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun sold out dalam masa 2 jam.
“Terima kasih atas sokongan padu semua. Mohon maaf kepada yang tidak berjaya,” tulisnya.
Menjengah ke media sosial, rata-rata wargamaya meluahkan rasa kecewa apabila tidak berjaya mendapatkan tiket dan berharap penganjur dapat menambah hari kedua.
“Inteam dah boleh plan buat konsert dekat Bukit Jalil ni. Sebab ramai yang support ni,” komen seorang pengguna.
“Day 2 please kesian kami yang tak dapat ni tapi dah lama tunggu Inteam,” luah seorang netizen kecewa.
“Sedihnya berbulan tunggu,” komen peminat kecewa.
“We need day 2! Asyik konsert lagha je, kalini saya nak layan Inteam,” tulis pengguna lain.
Selain itu, menjengah ke laman X pula, ada netizen yang memberi cadangan agar mewujudkan freebies seperti lightstick dan keychain Inteam.
Terdahulu, Inteam mengumumkan bakal menggegarkan Zepp KL dengan menganjurkan konsert Kasih Kekasih Inteam 25 Tahun pada 27 September depan.