Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Gara-Gara Tunjuk Cara Tidurkan Anak Dalam Kereta, PU Abu Dikecam Kerana...

Syafiqah Jalal 04/08/2020 | 09:55 MYT
Pencetus Ummah (PU) Abu dikecam wargamaya gara-gara menunjukkan caranya menidurkan anak-anaknya di dalam kereta.
PU Abu dikecam kerana caranya menidurkan anak yang duduk di pangkunya di tempat duduk pemandu sambil memandu adalah sangat bahaya meskipun ambil masa 5 minit.
“Antara cara-cara aku nak tidur atau diamkan anak-anak aku (Adam dan Mateen) kecuali aisyah adalah dengan pangkukan mereka dekat tempat pemandu.
“Contohnya macam dalam gambar. Tapi aku akan berhentikan kereta di mana-mana dululah.
“Biasanya tak lama 5 ke 10 minit mereka akan tidur then aku letaklah kat car seat.Mudahkan?,” katanya.
PU Abu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik foto anaknya yang tertidur di tempat duduk pemandu ketika kereta sedang bergerak.
Cara tersebut dikecam oleh beberapa pengikutnya yang merasakan ia amat bahaya.
“Dalam 5 hingga 10 minit tu boleh jadi accident dan anak boleh tercampak di luar kereta. Jangan sebab nak senang tidur tapi keselematan anak tidak dihiraukan,” nasihat seorang wargamaya
“Ini kereta sedang bergerak kan? Driver nampak dekat sangat,” komen netizen
PU Abu mempunya dua orang cahaya mata dari dua orang bekas isterinya Ain ‘Afini ( Muhamad Adam Aysar ) dan Hana Azra (Muhammad Uwais Al-Mateen).

Antara cara2 aku nak tidur or diamkan anak2 aku (Adam dan Mateen) kecuali aisyah adalah dengan pangkukan dorang dekat tempat driver.Contohnya mcm dalam gambar ??.Tapi aku akan stopkan kereta kat mana2 dululah.Biasanya tak lama 5 ke 10 minit dorang akan tidur then aku letaklah kat car seat.Mudahkan? ??? . . Btw selamat berhujung minggu korang.Moga hidup kita sentiasa berada dibawab lindungan dan rahmatnya ??? . . P/S : Jgn lupa utk follow @puas.hq ye????

A post shared by Abu Sufyan Mokhtar (@_sufyanmokhtar) on

#Anak #Tidur #PU Abu
;